Private Mandate Terbaik

Apakah Private Mandate

Apakah Private Mandate

apakah private mandate
apakah private mandate

Private Mandate

Private Mandate atau dalam bahasa Malaysia adalah pelaburan mandat. Private Mandate bermaksud kaedah pelaburan secara tailor made ataupun customised, terus di Bursa Saham melalui Licensed Fund Manager. Penentuan keputusan pelaburan saham ini ditentukan berdasarkan pilihan dan strategi Licensed Fund Manager tersebut sepenuhnya.

private mandate investment
private mandate investment

Jika ada masih kurang jelas tentang private mandate, kita buat perbandingan mudah. Jika seseorang individu ingin melabur ke dalam bursa saham, seseorang itu akan membuka akaun CDS dan install apps di dalam handphone untuk urusniaga saham tersebut. Aktiviti monitor harga, analisis, pemilihan, jual dan beli saham dilakukan sendiri oleh pelabur individu itu, manakala private mandate pula, individu tersebut "mengupah" fund manager untuk melakukan aktiviti monitor harga, analisis, pemilihan, timing, jual dan beli saham.

Beza Melabur Sendiri VS Upah Pengurus Dana (Private Mandate)

beza melabur sendiri cds dan private mandate
beza melabur sendiri cds dan private mandate



Kelebihan melabur saham secara sendiri:
1- Anda bebas membuat keputusan
2- Keuntungan milik anda 100%

Kelemahan melabur saham secara sendiri:

1- Jika anda tiada pengalaman, kurang ilmu analisis fundamental dan teknikal bersesuaian, berkemungkinan tinggi anda akan rugi. Biasa lah tu.
2- Jika anda tidak dapat monitor saham setiap masa, berkemungkinan anda terlepas saat kritikal untuk cut loss ataupun stop loss ataupun jual pada harga maksimum. Ingat, melabur ni bukan macam tanah pokok, tanam dan tinggal huhu.


private mandate
private mandate

Baik, jika anda mempunyai kelemahan no1 dan no2 maka anda perlukan Private Mandate di mana anda mengupah pihak lain yang mempunyai kepakaran, team yang bagus dan rekod pulangan yang baik untuk melabur bagi pihak anda. 

Jenis-Jenis Private Mandate

private mandate labur di pelbagai bursa saham
private mandate labur di pelbagai bursa saham

Terdapat beberapa jenis Private Mandate yang ada di dalam pasaran. Ingat tak, private mandate tu maksudnya upah pengurus dana ye. Bukan semunya sama. Ada labur hanya dalam unit trust dan ada yang melabur dalam bursa saham. Ini bergantung kepada fund manager. Jadi kenali fund manager dan strategi beliau.


private mandate unit trust1) Private Mandate Unit Trust
= Pelaburan customised dimana pelbagai dana unit trust dilaburkan dalam pelbagai kategori dan daripada syarikat unit trust berbeza contohnya Principal (nama dahulu CWA), Kenanga, Public Mutual, Eastpring, PHEIM dan lain lain lagi. Biasanya ini adalah pelaburan jangka panjang.

private mandate bursa saham Malaysia

2) Private Mandate Bursa Saham Malaysia
= Pelaburan ini akan memilih saham blue chip di bursa saham Malaysia dalam pelbagai sektor yang berpotensi menguntungkan. Pelaburan akan memilih kaunter saham berpotensi dari pelbagai sektor. Biasanya ini adalah pelaburan sederhana panjang.


private mandate bursa saham antarabangsa

3) Private Mandate Bursa Saham Antarabangsa
= Pelaburan ini melibatkan pelbagai bursa negara berbeza yang berpotensi naik seperti ASEAN, ASIA PASIFIC, JAPAN dan CHINA. Pelaburan ini akan melihat kepada potensi pada peringkat antarabangsa. Jika ekonomi sesuatu negara itu meningkat, pelaburan akan difokuskan dinegara tersebut, Biasanya ini adalah pelaburan sederhana panjang.

private mandate fokus bursa saham US

4) Private Mandate Fokus Bursa US
= Biasanya pelaburan ini memilih stock market Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq. Biasanya ini adalah pelaburan sederhana panjang. Private mandate US adalah jenis yang fokus kepada Nasdaq sahaja. Ada sebab penyebab kenapa hanya Nasdaq. Potensi dan pilihan patuh syariah yang banyak dan sangat sesuai dengan pilihan rakyat Malaysia.

private mandate kwsp

5) Private Mandate KWSP
= Pelaburan ini adalah melalui potongan akaun 1 kwsp. Biasanya untuk private mandate investment secara potongan kwsp ini, minimum potongan adalah RM5,000 dan dilaburkan ke dalam Unit Trust. Jika potongan kwsp ini anda ingin laburkan ke bursa saham Malaysia, ia memerlukan potongan sekurang-kurangnya RM30,000. Perlu diingat, untuk private mandate kwsp ini, anda perlu mencari perancang kewangan berlesen, bukannya ejen unit trust yang biasa. Perlu diingat, bukan semua orang layak mencarum private mandate kwsp, kerana sekurang-kurangnya anda perlu layak potongan RM5,000 untuk private mandate unit trust dan RM30,000 untuk private mandate bursa saham Malaysia melalui potongan akaun 1 kwsp. Semak kelayakan dahulu ye.



pengurus dana berlesen private mandate
pengurus dana berlesen private mandate

Macam mana nak tau seseorang itu ada lesen untuk urus Private Mandate? 

Sila semak dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

private mandate
private mandate

Perbezaan Private Mandate dan Unit Trust

beza unit trust dan private mandate
beza unit trust dan private mandate

Sudah jelas kan apa itu Private Mandate? Ada juga yang bertanya, apa beza Private Mandate dan Unit Trust? Unit trust seperti yang sedia maklum, adalah pelaburan ke atas dana Unit Trust (Unit Trust Fund) tersendiri, manakala Private Mandate adalah pelaburan secara terus ke kaunter saham di bursa saham.

Pelaburan di kaunter bursa saham sebenarnya boleh dilakukan sendiri jika anda mempunyai akaun CDS, namun jika anda kurang kemahiran analisis saham (Fundamental and Technical) dan juga masa untuk monitor kaunter saham pilihan anda setiap hari, adalah agak sukar dan tidak praktikal untuk anda melabur secara serius.

Namun, jika anda hanya suka-suka melabur dengan amaun rendah RM100 ke RM1000 pasti tiada masalah jika rugi. Berbeza dengan Private Mandate, pelaburan minimum adalah RM50,000 di mana Licensed Fund Manager melabur dengan serius dan mempunyai target keuntungan tertentu, kerana konsep perkongsian keuntungan. Jika anda nak upah Fund Manager uruskan duit anda, maka anda perlu buka akaun Private Mandate.

 

Jadual Perbandingan Private Mandate dan Unit Trust

 Private Mandates Unit Trust
Customised khas untuk pelabur secara individu. Setiap pelabur menggunakan strategi berbeza.

Target pelaburan normal sekurang-kurangnya 12 bulan ke atas
Strategi adalah sama untuk semua pelabur.

Target pelaburan sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.
Telus dan dapat penyata lengkap pelaburan
Hanya papar nilai aset semasa dan senarai syarikat utama dana dilaburkan
Fokus hanya kepada keuntungan maksimum dan terserah kepada fund manager untuk pelbagaikan strategi.
Fokus kepada prestasi dibandingkan dengan benchmark dan ada limitasi peraturan oleh Suruhanjaya Sekuriti.   


Siapa yang akan menguruskan pelaburan Private Mandate?

 Pengurus dana private mandate yang dilantik oleh syarikat.



 

Fokus Berbeza Private Mandate dan Unit Trust

private mandate unit trust
private mandate unit trust

Private Mandate
1) Pelaburan private mandate adalah secara individu. Lain individu lain setting.
2) Keuntungan private mandate dimiliki secara individu. Keuntungan berbeza antara setiap pelabur private mandate ke pelabur yang lain (individually customized).
3) Keuntungan adalah berbeza antara semua pelabur private mandate (timing beli saham berbeza masa dan harga)
4) Fund manager melabur private mandate secara aktif bagi pihak pelabur sepantas harian hingga mingguan.


Unit Trust
Unit Trust

Unit Trust
1) Pelaburan unit trust adalah sama untuk semua pelabur.
2) Keuntungan dinikamati oleh semua pelabur secara sama sahaja.
3) Keuntungan adalah sama nilai antara semua pelabur (cuma berbeza amaun unit masing-masing)
4) Fund manager melabur secara aktif tapi dipihak pelabur tiada atau kurang aktif. Biasanya switching berlaku hanya beberapa kali atau tiada langsung dalam tempoh masa pelaburan.

Strategi Pelaburan Semasa Musim Covid-19

pelaburan private mandate musim covid19
pelaburan private mandate musim covid19


Pada musim yang mencabar ini, kita dapati business makin drop keuntungan terutamanya ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Kedai-kedai diminta tutup awal dan hanya perniagaan yang kritikal sahaja dibenarkan beroperasi.

Ramai pelabur pasif berharap agar simpanan dan pelaburan dalam ASB, Tabung Haji, Amanah Saham Hartanah dan Koperasi memberi pulangan lebih tinggi namun kesan Covid kepada ekonomi sangat besar dan menjejaskan pulangan dividen banyak agensi pelaburan.

Namun, jika anda tidak berpeluang dan masih dalam kesibukan kerja dan keluarga, private mandate adalah antara solution pelaburan musim covid ini.


Adakah Private Mandate Patuh Syariah?


Salihin Shariah Advisory Sdn Bhd

 

Seperti yang semua maklum, dalam bidang jual beli saham, ianya straight forward sahaja. Beli kaunter saham yang syariah atau non syariah. Jadi ianya sangat mudah (bagi yang pertama kali dengar pasal jual beli saham mungkin belum dapat bayangkan).

Saya bagi analogi jika anda ke pasaraya dan ingin membeli produk makanan. Jadi pada label kotak atau packaging akan nampak logo halal Jakim kan? Ianya semuda itu. Samada anda pilih produk halal atau tidak berdasarkan logo Jakim.

Walaupun semudah itu, pastikan anda mengenalpasti penasihat syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang dilantik untuk pelaburan private mandate ini. Rujuk Info <klik sini>



Bolehkah Melabur Private Mandate  Guna KWSP?

Ada yang guna cash dan ada yang guna kwsp. Ini bergantung kepada syarikat private mandate tersebut. Anda perlu hubungi syarikat untuk info tepat.

Berapa pelaburan minimum Private Mandate?

private mandate minimum 50k
private mandate minimum 

Amaun minimum untuk pelaburan Private Mandate biasanya RM50K dan wajib sophisticated investor. Tiada had maksimum untuk pelaburan private mandate ini.

Apa caj yang dikenakan atas pelaburan Private Mandate?


Private Mandate DDNK Global Fund Charges
Private Mandate Charges
 

Sudah tentu ada caj. Sama juga seperti pelaburan Unit Trust dan juga pelaburan saham melalui CDS.

Biasanya pelaburan Private Mandate ada 3 caj dikenakan:


INI HANYALAH CONTOH SAHAJA. SILA RUJUK SYARIKAT PRIVATE MANDATE UNTUK CAJ SEBENAR.



1) Sales Charge 5%
= caj ini standard seperti Unit Trust berprestasi tinggi. Caj ini dikenakan untuk setiap kali pelaburan masuk (Inject). Mudah cerita, ini upah mula kerja.

Contoh kiraan Sales Charge Private Mandate;

Injection RM50K
5% X 50K = 2500
Baki = RM47500
Current currency 1 USD = MYR4.04
Maka convert RM47500 = USD11750.16

2) Management Fee 1.5% per anum
= caj ini standard sama seperti Unit Trust di mana, mulai tahun ke pertama dan seterusnya, 1.5% akan dikenakan ke atas amaun terkini dalam akaun. Namun Unit trust caj dikenakan bermula 1.5% hingga 2.0% bergantung dana. Private mandate hanya mengenakan 1.5% sahaja dan ini adalah berpatutan.

Contoh kiraan Management Free Private Mandate 1.5%:

Current account value day1 = RM75000
Current account value day2 = RM75300
Current account value day3 = RM76100

Day1 : (1.5% /365 hari) X RM75000 = RM3.082
Day2 : (1.5% /365 hari) X RM75300 = RM3.095
Day3 : (1.5% /365 hari) X RM76100 = RM3.127
Dan seterusnya.....dicaj daily basis

* kiraan ini lebih tepat berbanding pukul rata nilai current account value hari pertama.


3) Performance Fee Private Mandate (20% of the profit)
= caj ini hanya dikenakan atas keuntungan yang diperolehi 20% per anum (ikut rule baharu di bawah bermula 2021).

* Performance fee akan dikenakan dua kali setahun
* Tiada double charge untuk performance fee
* Jika tiada keutungan baharu, tiada performance fee akan dikenakan

Contoh Cara Kira Performance Fee Private Mandate 20%

Jika pelaburan asal (injection) ialah RM100,0000 pada Januari.
Dalam masa 6 bulan, katakan kemudian telah meningkat menjadi RM150,000. Pada bulan Jun, anda akan dikenakan caj 20% ke atas profit RM50,000 iaitu 20% X RM50,000 = RM10,000. Baki terkini pelaburan anda adalah RM140,000.

Pada 6 bulan berikutnya (Julai - Disember), katakan duit anda berbaki RM140,000 telah meningkat menjadi RM220,000. Pada bulan Disember, anda hanya dikenakan 20% atas amaun RM70,000 iaitu untung baharu sahaja.

6 bulan pertama = 150K - 100K = untung RM50K
6 bulan kedua     = 220K - 150K = untung RM70K

Caj kali pertama = 20% X RM50K = RM10K (di caj pada bulan Jun)
Caj kali kedua     = 20% X RM70K = RM14K (di caj pada bulan Disember)

Perhatikan:

20% X (RM220K - modal pokok RM100K) = 0.2X120K = RM24K


Sila perhatikan, profit lama RM50,000 tidak lagi dikenakan caj 20% sebab telah dikenakan caj pada bulan 6 (1st half year). Hanya keuntungan baharu wujud sahaja yang dikenakan caj pada Disember.

Begitulah caj performance fee 20% dikenakan ke atas keuntungan baharu sahaja setiap 6 bulan berikutnya.

" Bagaimana kalau sebelum capai 6 bulan, kita dah buat withdrawal? "

Nilai keuntungan baharu terkini akan dikenakan caj 20% secara pro rate serta merta semasa withdrawal pada half year tersebut.

Dinasihatkan untuk terus melabur sekurang-kurangnya 12 bulan ke atas untuk keuntungan lebih baik dan tinggi. Jika bawah 12 bulan, anda terdedah kepada currency drop dan harga kaunter saham yang jatuh pada hari anda ingin membuat withdrawal.

Kelebihan performance fee 20%

caj prestasi private mandate
caj prestasi private mandate


Seperti yang kita sedia maklum, performance fee dikenakan pada kadar 20% setahun ke atas keuntungan yang wujud selepas injection modal dilakukan. Cara performance fee dikenakan adalah 2 kali setahun, tapi bukan bermaksud 20% X 2 = 40% , tapi pada pada separuh tahun kedua, caj 20% dikenakan pada amaun keuntungan baharu sahaja. Jom tengok contoh:

Kiraan lama (tahun 2020):
Injection modal RM100K pada Januari
Pada Jun, Account Value RM150K
Pada Disember, Account Value RM250K
Maka performance fee 20% X 150K untung = RM30K

Kiraan baharu(bermula 2021):
Pada Jun, caj pertama performance fee 20% X 50K = RM10K
Pada Disember, caj kedua performance fee 20% X 100K = RM20K
Maka anda akan dapati, anda tetap di caj RM10K+RM20K= RM30K sahaja. Cuma kaedah dipotong sahaja berbeza. Tiada langsung "double charge" disini kan?

Kesimpulan:

cara kira performance fee private mandate
cara kira performance fee private mandate

 

Sama sahaja amaun dicaj, cuma anda dicaj sedikit demi sedikit dalam dua kali potongan berbanding ketika withdrawal (kaedah lama). Konsep high watermark diperkenalkan dimana pada kali pertama dicaj 20%, amaun tersebut menjadi aras high watermark. Jika 6 bulan berikutnya, tiada keuntungan baharu yang melebihi aras high watermark, maka tiada performance fee 20% untuk setengah tahun ke dua akan dikenakan.

performance fee private mandate
performance fee private mandate



Motivasi disebalik performance fee:
Pengurus dana tidak boleh tidur selepas caj performance fee yang pertama (setengah tahun pertama). Jika tiada kenaikan baharu (keuntungan baharu), mereka tidak boleh caj untuk setangah tahun kedua seterusnya rugi masa dan usaha kerana tiada profit sharing selama 6 bulan! Sudah pasti DDNK dan team takkan berdiam diri dan terus berusaha untuk kembali buat untung baharu supaya nilai 20% menjadi lebih besar kan?
 




Kenapa Private Mandate Melabur di US Nasdaq Index

Pasti ramai yang tertanya tanya kenapa Private Mandate fokus kepada Nasdaq Index (dalam sektor teknologi) berbanding farmaseutikal dan sebagainya. Ada juga bertanya kenapa tak labur di Bursa Saham Malaysia. Jom kita lihat graf trend Nasdaq Index US ini.

nasdaq private mandate 5 years
nasdaq private mandate 5 years

Jika anda lihat graf ini anda akan dapati 3 perkara penting untuk pertimbangan pelaburan Private Mandate di dalam saham US:

1- Ada turun naik tapi keseluruhannya menaik (uptrend/bull)
2- Ada kenaikan yang sharp (potensi capital gain yang tinggi)
3- Di zaman Covid-19 didapati bidang teknologi ada potensi naik. Kemunculan Covid-19 menjadikan sektor teknologi semakin kritikal dan penting dalam kehidupan dan perniagaan.

Pengenalan NASDAQ Index

Ramai pelabur mengenali Nasdaq Index sebagai stok indeks untuk teknologi tinggi. Sebenarnya Nasdaq adalah salah satu dari tiga, selain Dow Jones dan S&P 500.

Terdapat 10 syarikat utama dalam Nasdaq iaitu:

1) Microsoft (NASDAQ:MSFT)
2) Apple (NASDAQ:AAPL)
3) Amazon (NASDAQ:AMZN)
4) Alphabet Class C (NASDAQ:GOOG)
5) ASML Holding N.V (NASDAQ:ASML)
6) Facebook (NASDAQ:FB)
7) Intel (NASDAQ:INTC)
8) Netflix (NASDAQ:NFLX)
9) PepsiCo (NASDAQ:PEP)
10) Cisco Systems (NASDAQ:CSCO)

Jadi anda dah faham kenapa NASDAQ Index sebagai pilihan dalam Private Mandate?


Situasi Ekonomi Malaysia Sekarang dan Peluang Private Mandate

ekonomi covid19 dan private mandate ddnk
ekonomi covid19 dan private mandate

Sebenarnya situasi ekonomi Malaysia agak teruk jika dibandingkan dengan krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997, tahun 2001 dan tahun 2008. Masih jika dibandingkan ketika dunia dilanda virus SARS pada tahun 2003, ekonomi dunia pun masih tidak seteruk sekarang.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva menjangkakan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia 2020 adalah negatif tapi akan pulih mulai 2021. Indeks Pelopor (IP) negara dijangka terus merosot seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Melaysia. Krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19 telah memberi kesan kerana hampir semua sektor-sektor ekonomi kerana tidak dapat beroperasi ketika PKP atau total lockdown dilaksanakan.

Jadi sememangnya, tahun 2021 akan kembali pulih dan memberi sinar baru kepada pelabur-pelabur terutamanya dalam bidang saham. Dengan kerancakan jualbeli saham ketika ini, private mandate dilihat sebagai instrumen kalis Covid-19 jika diberikan strategi dan fokus yang betul.

Ada yang mengatakan 2021 adalah tahun pemulihan ekonomi Malaysia pasca COVID-19, namun saya secara peribadi melihat peluang hanya sekali, untuk membeli saham 'termurah' akan sedang menaik (bull trend). Mari kita grab peluang yang hanya datang sekali dalam tempoh once in a blue moon ini!



 

 

Contoh Situasi Melabur Private Mandate  

Berikut adalah contoh situasi POTENSI pelaburan private mandate:

* setiap orang mempunyai result berbeza mengikut currency exchange dan timing pelaburan
* ini adalah potensi, namun tiada jaminan (dalam hukum syarak, pelaburan tidak boleh ada jaminan)
* rekod lepas tidak boleh dijadikan panduan prestasi semasa



manager melabur private mandate ddnk
manager melabur private mandate
Hafiz Razak seorang manager berumur 40 tahun
Mula melabur pada Januari sebanyak RM500,000
Setiap bulan beliau mendapat penyata pelaburan
Pada bulan Disember telah berkembang 97%
Pelabur happy, boleh top up lagi...



 

 

 

pesara melabur private mandate ddnk
pesara melabur private mandate

Ahmad Danial seorang pesara berumur 60 tahun
Mula melabur pada Januari sebanyak RM100,000
Setiap bulan beliau mendapat penyata pelaburan
Pada bulan Disember telah berkembang 86%
Pelabur happy, boleh pergi haji....

 

 

 

 

 

syarikat melabur private mandate ddnk
syarikat melabur private mandate

Syarikat / Koperasi /Organisasi buka akaun korporat
Mula melabur pada Januari sebanyak RM3,000,000
Setiap bulan akan mendapat penyata pelaburan
Pada bulan Disember telah berkembang 108%
Lembaga pengarah happy, CEO dipuji....

 

 

 

Siapakah yang tidak sesuai melabur Private Mandate?


keburukan kelemahan private mandate ddnk
keburukan kelemahan private mandate


1) Mereka yang ingin melabur jangka masa pendek (kurang dari 12 bulan). Seperti yang anda sedia maklum, jika terlalu pendek, anda terdedah kepada currency exchange dan value drop pada masa anda hendak jual saham.

2) Mereka yang ingin menggunakan modal daripada pinjaman peribadi. Isu bukan kepada pulangan keuntungan, tetapi apa berlaku jika anda hilang pekerjaan? Anda akan melakukan jual terdesak dan boleh berlaku kerugian kerana timing tidak tepat.

3) Mereka yang mahir pelaburan saham US dan mempunyai masa untuk monitor saham. Tak perlu upah fund manager. Anda tentukan keputusan strategi pelaburan sendiri.

 Pendapat Peribadi tentang Private Mandate

strategi private mandate
strategi private mandate


Pada pendapat saya, Private Mandate lebih telus dan fleksibel. Jika anda pernah melabur sendiri saham, anda akan faham betapa pentingnya fleksibel dan strategi dalam pelaburan bursa saham. Setiap bulan anda akan lihat laporan transaksi dan prestasi pelaburan anda dan ianya adalah telus sama seperti yang dilaburkan melalui sistem pengurus dana.

private mandate trend
private mandate trend

Anda juga akan faham bahawa dalam pelaburan saham, ada turun naik. Naik turun adalah lumrah saham, contohnya ada bulan untung 8%, ada bulan jatuh 5% dan ada bulan yang melambung naik sehingga 35%. Ini semua bergantung kepada timing pelaburan masing-masing. Jelas setiap orang mempunyai penyata dan keuntungan berbeza kerana konsep private mandate adalah pelaburan secara individu dan customised. Pastikan anda bukan mencari pelaburan jangka pendek kerana private mandate ini mungkin tidak sesuai dengan anda. Dapatkan perancangan kewangan yang terbaik untuk setelah meneliti risk profile masing-masing.

 

Cara untuk mula buka akaun Private Mandate


cara buka akaun private mandate
cara buka akaun private mandate

 

Sila hubungi Marketing Representative untuk private mandate yang anda pilih.



JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.






Catat Ulasan

0 Ulasan