Private Mandate Terbaik

Amazon: Dari Kedai Buku Online ke Empayar e-commerce

amazon


 

 

Amazon bermula sebagai antara syarikat terawal di dunia yang mempelopori konsep perniagaan atas talian atau e-commerce.

Jeff Bezos memulakan Amazon pada tahun 1994 sebagai sebuah kedai buku online bagi memudahkan para pelanggan membeli buku-buku kegemaran mereka tanpa perlu bersusah payah keluar dari rumah. Alasan seterusnya mengapa Bezos memulakan perniagaan ini adalah kerana penjualan buku tidak memerlukan modal yang begitu banyak, pasarannya lebih meluas dan pelbagai tajuk buku sentiasa boleh dijual nanti kerana akan sentiasa ada penulis yangmenghasilkan buku-buku baru.


amazon


Pada peringkat awal penubuhan Amazon, beliau memulakan perniagaannya ini dari garaj rumahnya sahaja.

Pada hari ini, empayar perniagaan dalam taliannya telah berkembang maju dengan begitu baik sekali sehingga menjadikannya sebagai orang yang terkaya di dunia pada tahun 2017, mengatasi Bill Gates. Nilai kekayaan beliau dianggarkan berjumlah 330 billion dollar.

Pada hari ini, Amazon.com yang diasaskannya, bukan sahaja menjual buku-buku tetapi telah menjadi platform jualan pelbagai barangan dan produk lain seperti barangan elektronik, perkakas dapur,, mainan kanak-kanak, video games, pakaian, perabot dan banyak lagi. Pasaran Amazon sangat luas, merentasi seluruh dunia.

Jualan buku melalui platform Amazon kini mewakili sebanyak 42% daripada keseluruhan pasaran buku di Amerika dan Amazon turut menguasai jualan ebook secara online dengan menguasai 89% daripada pasaran.

Bezos bijak merancang strategi bagi meningkatkan lagi servis Amazon.

Pada tahun 2000, Amazon telah memperkenalkan Marketplace, sebagai kedai online bagi peniaga-peniaga kecil untuk menjual barangan mereka.

Pada tahun 2006, Amazon melancarkan portal perkhidmatan videonya yang dinamakan sebagai Amazon Instant Video.

Seterusnya, Amazon memperkenalkan servis keahlian berbayar, Amazon Prime, yang menawarkan penghantaran barangan lebih pantas kepada pelanggan-pelanggan mereka. Amazon Prime mempunyai bilangan ahli berbayar kedua terttinggi, di belakang saluran TV Netlix.


amazon


Pada tahun 2007, Amazon telah menghasilkan Kindle, sebuah peranti elektronik khas untuk tujuan pembacaan buku-buku digital yang boleh dibeli dan dimuat turun dari internet.

Pada tahun itu juga, Jeff Bezos membuat pelaburan dalam sebuah syarikat aeroangkasa, Blue Origin, bagi membangunkan teknologi berkaitan pengembaraan angkasalepas.

Amazon kemudian bergerak selangkah lagi dan melancarkan Echo Speaker, sebuah peranti pintar artificial intelligence yang meletakkan kedudukan Amazon kini sebaris dengan Google dan Apple. Kejayaan ini juga menjadikan Amazon sebagai penjual peranti pintar ketiga terbesar di Amerika.

Pada tahun 2008, Amazon telah membeli Audible, sebuah syarikat media digital yang menjual audiobooks, program tv dan audio serta majalah dan suratkhabar dalam versi audio. Audible juga merupakan pengeluar audiobook yang boleh dimuat turun terbesar di dunia. Pembelian Audible oleh Amazon ini bernilai 300 juta dollar.

Pada tahun 2011, Amazon mengeluarkan tablet pintarnya sendiri iaitu Kindle Fire dan kemudiannya dinaiktaraf menjadi Kindle Fire HD bagi bersaing dengan IPad keluaran Apple.

Pada tahun 2013, Amazon telah membeli syarikat penerbitan akhbar Amerika yang utama, iaitu The Washington Post, dengan nilai 250 juta dollar.

Pada tahun 2017, Amazon membeli souq.com, platform e-commerce terbesar di Timur Tengah dengan nilai belian 580 juta. Souq.com kini menjadi salah satu anak syarikat Amazon dan sebagai cawangan Amazon bagi pasaran Timur Tengah.

Pada tahun 2018, keuntungan tahunan Amazon meningkat sebanyak 30.9% dan jumlahnya ialah sebanyak 232.887 billion dollar. Amazon berada pada kedudukan ke-8 dalam senarai 500 syarikat dengan jumlah keuntungan terbesar di Amerika pada tahun 2018.

Amazon.com berada pada kedudukan ke-3 dalam senarai laman web popular di Amerika dan berada pada kedudukan ke-14 dalam senarai laman web popular di seluruh dunia.

Pada tahun 2016, lebih daripada 130 juta pelanggan melayari laman web Amazon pada setiap bulan.

Setakat hari ini, Amazon mempunyai seramai 798000 pekerja. Amazon juga mempunyai lebih daripada 40 anak syarikat termasuklah Goodreads, IMDb, Amazon Robotics, Shopbop, Teachstreet, Twitch dan juga Zappos.

Antara produk dan servis yang ditawarkan oleh Amazon.com ialah:


amazon


Amazon Fresh

Amazon Prime

Amazon Web Services

Alexa

Appstore

Amazon Drive

Echo

Kindle

Fire Tablets

Fire Tv

Video

Kindle Store

Music

Music Unlimited

Amazon Digital Game Store

Amazon Studios

Amazon Wireless

 

Pengasas

 

jeff bezos


Jeff Bezos dilahirkan pada tahun 1964 di Albuquerque, Amerika. Beliau menamatkan pengajian di Princeton University dan emmperoleh ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains computer pada tahun 1986.

Selepas menamatkan pengajian, Bezos mendapat tawaran kerja daripada Intel, Bel Labs dan juga Andersen Consulting serta banyak lagi syarikat lain disebabkan CGPA nya yang tinggi di university.

Bezos kemudian mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikatnya sendiri pada akhir 1994 selepas berhenti daripada pekerjaannya di Wall Street.Beliau telah membuat sedikit kajian pemasaran semasa perjalanannya dari New York City ke Seattle.

Modal permulaan bagi perniagaannya ini diperoleh daripada kedua ibubapanya yang telah melaburkan sebanyak 300000 dollar untuk Amazon.

Pada tahun 2018, Jeff Bezos telah diisytiharkan sebagai orang terkaya di dunia oleh Forbes, dengan nilai kekayaan 112 billion dollar. Kedudukan ini kemudiannya dipintas oleh Elon Musk pada tahun 2020.

Dalam menjalankan perniagaannya, Bezos berpegang kepada beberapa prinsip. Antaranya ialah:

  • Fokus kepada pelanggan, bukan pesaing
  • Ambil risiko untuk menjuarai pasaran
  • Bantu tingkatkan semangat para pekerja
  • Bina budaya syarikat
  • Beri kuasa kepada orang ramai

 

Antara yang menarik tentang Bezos, beliau sangat mementingkan work-life-harmony, yang mana beliau percaya yang kehidupan di rumah dan di tempat kerja adalah saling berhubungan dan perlu dijaga kedua-duanya dengan baik.


Prinsip Bezos dalam mengambil pekerja untuk Amazon ialah:

  • Bolehkah beliau menyukai personaliti dan cara kerja orang ini
  • Bolehkah orang ini menaikkan standard biasa di syarikat kepada sesuatu yang lebih tinggi
  • Dalam keadaan apakah orang ini boleh menjadi contoh kepada orang lain?

 Bezos tidak suka menganjurkan mesyuarat pada awal pagi dan tidak suka kepada mesyuarat yang terlalu Panjang dan dihadiri ramai orang.

 

Sepanjang penglibatannya dalam dunia perniagaan, Bezos telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

Antaranya ialah:

Person of The Year (Majalah Time) pada tahun  1999

Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi daripada Carnegie Mellon University pada tahun 2008

Businessperson of the Year (Majalah Fortune) pada tahun 2012

The Best Performing CEO IN The world oleh Harvard Business Review pada tahun 2014

50 Great Leaders (Majalah Fortune) dari 2013-2015

Buzz Aldrin Space Exploration Award pada 2018

100 most influential people in the world (Majalah Time) pada tahun 2018

 

Peluang Saham Amazon dan Private Mandate

Hampir semua orang yang biasa membeli belah secara online di peringkat antarabangsa pasti tahu tentang Amazon. Apa sahaja barang yang anda nak cari, ada dijual di Amazon. Dahulu Amazon adalah tempat mencari buku yang tiada dijual dikedai buku tempatan. Kini, ia bertukar menjadi tempat jualan kepada hampir semua produk di pasaran antarabangsa! Keuntungan tahunan Amazon juga mengatasi pesaing lain. Dijangkakan saham Amazon akan terus naik lagi dan semakin mahal. Private Mandate juga ada membeli saham saham Amazon kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang. 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 


Catat Ulasan

0 Ulasan