Private Mandate Terbaik

Bagaimana Pepsi Bermula

pepsico


PepsiCo Inc. ialah sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan, snek dan juga minuman ringan. Ia ditubuhkan pada tahun 1965 dan mempunyai ibu pejabat di Harrison, New York.

Penggabungan syarikat Pepsi Cola dan Frito Lay Inc.telah membentuk PepsiCo sepertimana yang ada pada hari ini.

Sejak penubuhannya, PepsiCo telah menjalankan pelbagai usaha untuk meluaskan lagi rangkaian produk makanan dan juga minumannya. Usaha ini termasuklah pembelian Tropicana Products pada tahun 1998 dan Quaker Oats Company pada 2001 , menjadikan Gatorade sebagai sebahagian daripada produk keluaran PepsiCo.


 Perkembangan

Pepsi mencatatkan jualan melebihi 1 billion dollar pada awal tahun 2012 dan pada masa itu, produknya sudah diedarkan ke  lebih daripada 200 buah negara. Pendapatan bersih Pepsi pada tahun itu ialah sebanyak 43.3 billion dollar.

Berdasarkan pendapatan bersih tahunannya, PepsiCo menjadi perniagaan makanan dan minuman kedua terbesar di dunia, berada di belakang Nestle.

 

Sekitar tahun 1970an sehingga tahun 1990an, PepsiCo meluaskan lagi sumber pendapatannya dengan membeli beberapa perniagaan besar yang lain seperti Pizza Hut, Taco Bell, KFC, Hot n Now, East Side Mario’s, D’ Angelo Sandwich Shops, California Pizza Kitchen, Wilson Sporting Goods dan juga North America Van Lines.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perniagaan yang kemudian dilepaskan oleh Pepsi bagi memfokuskan kepada pengeluaran rangakain produk makanan dan minumannya sendiri yang telah sedia ada.

 

Pada tahun 2009, PepsiCo telah membeli syarikat pembotolan, Pepsi Bottling Group dan Pepsi Americas dengan tawaran harga 7 billion dollar. Seterusnya Pepsi membentuk anak syarikatnya sendiri yang menguruskan berkenaan pembotolan produk iaitu, Pepsi Beverages Company.

 Pepsi juga telah membeli 2/3 saham syarikat makanan Russia yang menghasilkan susu,yogurt, jus buah-buahan dan juga produk tenusu pada tahun 2011.

 

Pada tahun 2017, pendapatan tahunan Pepsi ialah sebanyak 62.525 billion dollar, peningkatan sebanyak 1.2% daripada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2018, harga seunit saham Pepsi ialah 109 dollar dan nilai market capitalization nya ialah 155.9 billion dollar pada September 2018.

PepsiCo berada pada kedudukan 45 dalam senarai 500 syarikat terbesar di Amerika berdasarkan jumlah pendapatan.



pepsico


Hasil pendapatan syarikat juga telah disalurkan kepada pertubuhan kebajikan mereka sendiri iaitu PepsiCo Foundation yang telah ditubuhkan sejak tahun 1962. Pertubuhan ini berfungsi untuk menyalurkan dana bagi aktiviti pengagihan makanan bernutrisi, penggunaan sumber air yang cekap dan selamat serta untuk tujuan pendidikan. Pada tahun 2009, sebanyak 27.9 juta dollar telah disalurkan menerusi pertubuhan ini.

 

ramon laguarta



CEO PepsiCo pada 2018 sehingga  kini  ialah Ramon Laguarta. Sebelum ini, pada tahun 2006, PepsiCo pernah mempunyai seorang CEO wanita, iaitu Indra Nooyi, yang pernah berada pada kedudukan pertama dalam senarai 50 Wanita Berkuasa oleh majalah Fortune.

 

Sejarah Penubuhan Syarikat


caleb bradham


 Minuman ringan Pepsi sebenarnya telah diformulasikan oleh seorang ahli farmasi dan ahli perniagaan yang bernama Caleb Bradham. Caleb telah menamakan minumannya sebagai Pepsi Cola pada tahun 1898 dan memasarkan minuman itu dari farmasinya di North Carolina. Beliau telah mempatenkan resepinya pada tahun 1903 selepas popularity minuman itu meningkat naik. Pada tahun sebelumnya iaitu 1902, Caleb telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Pepsi-Cola Company.

 

Pada tahun 1923, resepi dan tanda dagangan syarikat Pepsi-Cola telah dibeli oleh Craven Holding Corporation dan kemudian diikuti oleh pengambilalihan seterusnya oleh Charles Guth, presiden syarikat pengeluar gula-gula Loft.

Guth kemudian telah memformulasikan semula resepi asal Pepsi bersama ahli-ahli kimia di makmal syarikatnya dan memasarkan Pepsi Cola di kedai-kedai dan restoran bagi menggantikan Coca Cola pada ketika itu. Pepsi digabung dan diserap sepenuhnya ke dalam syarikat Loft pada1941 dan diberi penjenamaan semula sebagai Pepsi-Cola Company.

Pada tahun 1965, Pepsi-Cola Company bergabung dengan Frito-Lay Inc dan menjadi PepsiCo sehingga sekarang. Jualan sahamnya dimulakan  di bursa saham New York pada 1978 sebelum berpindah dan didagangkan di Nasdaq pada Disember 2017.

Peluang Saham Pepsi Co dan Private Mandate

Jenama Pepsi mungkin tidak asing dikalangan kita. Sejak kecil lagi kita telah diperkenalkan pepsi sebagai jenama minuman bergas popular. Sebenarnya Pepsi Co bukan berasalah dalam Index Nasdaq namun kerana perbubahan strategi perniagaan, Pepsi Co telah memasuki Nasdaq yang terdiri daripada syarikat-syarikat teknologi tinggi. Walaubagaimanapun asalkan perniagaan Pepsi Co bagus dan menguntungkan, pastinya ia adalah portfolio private mandate yang boleh dimasukkan dalam senarai pilihan untuk trading. Private Mandate juga ada membeli saham saham Pepsi Co kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang. Jika anda berminat untuk menjadikan private mandate sebahagian dari portfolio pelaburan anda, sila hubungi kami.

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan