Private Mandate Terbaik

COVID-19 dan Kesan Kepada Ekonomi Dunia

 

saham ddnk


COVID-19 dan Kesan Kepada Ekonomi Dunia

Pandemik COVID-19 bukan sahaja telah menyebabkan bencana kesihatan besar-besaran, tetapi ia juga telah memberi kesan signifikan kepada ekonomi global.

Teknik penjarakkan social dan juga ‘lockdown’ yang dijalankan oleh banyak negara, telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi sehingga ramai yang rebah dan tersungkur.

Penutupan kilang-kilang, pejabat, premis perniagaan, institusi perbankan dan juga larangan penerbangan antarabangsa pada peringkat awal penyebaran virus COVID-19  telah menghentikan banyak aktiviti normal manusia. Individu dan syarikat-syarikat kecil atau besar, sama-sama terkesan sehingga kini.

Ramai yang kehilangan pekerjaan dan banyak perniagaan termasuklah yang berada dalam sektor pelancongan, perhotelan dan juga pembuatan, terpaksa gulung tikar atau pun terpaksa mengecilkan kos operasi mereka.

 

krisis ekonomi covid 19


Pakar-pakar ekonomi di United Kingdom telah memberi amaran bahawa pandemik ini akan menyebabkan berlakunya krisis ekonomi yang sangat teruk dan berlanjutan untuk tempoh waktu yang panjang.

Kemelesetan ekonomi ini akan mengulangi kembali sejarah ‘ great depression’ yang telah berlaku pada tahun 1930-an.

IMF telah membuat unjuran bahawa krisis kewangan global sekitar tahun 2007-2010 akan berulang disebabkan pandemik COVID-19 ini.

 

Semasa WHO mengisytiharkan penyebaran virus COVID-19 ini sebagai pandemik, pasaran saham global telah jatuh merudum disebabkan ramai para pelabur telah membuat jualan panik sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak 6 trillion dollar dalam masa seminggu.

 Indeks S&P500 menunjukkan kejatuhan sebanyak 36% dengan kerugian mencecah 5 trillion dollar. Indeks KLSE atau Bursa Malaysia pula mengalami kejatuhan sebanyak 22.5% pada ketika itu.

 

 

‘Lockdown’ di Wuhan, China pada awal penyebaran pandemik dahulu juga telah menyebabkan terjejasnya saluran perdagangan bahan yang diimport daripada China. Keadaan ini menyebabkan eksport barangan yang memerlukan bahan mentah dari sana,  telah mengalami kesan kejatuhan yang serius.

Harga minyak mentah dunia pada bulan Mei 2020, selepas lebih 6 bulan berlakunya pandemik, didagangkan pada 19.69 dollar setong. Penurunan harga minyak ini menimbulkan kebimbangan terutamanya kepada pengeluar utama minyak dunia. Syarikat-syarikat minyak di Malaysia turut terkena tempias akibat trend penurunan harga ini.

 

saham ddnk


Jerman dan Perancis telah melaporkan pengurangan besar dalam hasil pengeluaran industri dan aliran ekonomi di Britain pula telah jatuh sebanyak 14% pada tahun 2020.

Pendapatan sektor perindustrian di Jerman telah menurun sebanyak 9.2% sekitar Mac 2020 dan di Perancis pula sebanyak 16.2%.

 

Banyak syarikat terpaksa gulung tikar atau pun mengecilkan kos operasi mereka menyebabkan banyak cawangan ditutup dan ramai orang kehilangan pekerjaan. Dengan ini, indeks pengangguran akan turut meningkat di serata dunia.

Sektor pelancongan dan penerbangan terus lumpuh kerana banyak negara masih mengamalkan sekatan ke atas penerbangan antarabangsa. Kesan daripada pandemik ini telah menyebabkan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa akan merudum sehingga 80% pada tahun 2020.

 

KDNK global telah diramal mengalami penyusutan sekurang-kurangnya 10%  bagi akhir tahun 2019 sehingga pertengahan tahun 2020.


lockdown covid 19


 Kemerosotan ekonomi yang diakibatkan oleh ‘lockdown’ besar-besaran, telah memberi tekanan kepada masyarakat dan pemimpin peringkat global,dan semuanya sedang berusaha keras  untuk mengurangkan kesan bencana pandemik dan kewangan ini.

Kebanyakan negara telah membuka sektor ekonomi sedikit demi sedikit dengan syarat pematuhan SOP yang ketat.Sekatan dalam pergerakan harian dan aktiviti dagangan telah mula dilonggarkan .

 Pemulihan ekonomi global dijangka berlaku dengan  amat perlahan memandangkan banyak sektor masih belum dapat beroperasi dengan sepenuhnya seperti sebelum berlakunya pandemik.

Pergerakan orang ramai masih belum bebas seperti dahulu,  kerana rantaian jangkitan masih ada di seluruh dunia. Walaupun aktiviti harian telah berlangsung dalam keadaan norma baharu, krisis ekonomi global hanya akan dapat diatasi sepenuhnya apabila virus ini sudah dapat dikawal penyebarannya.

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan