Ekonomi Malaysia Pulih 2021
Pada 2020 secara keseluruhan, ekonomi negara kita telah menguncup
sebanyak 5.6 peratus berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan dan perjalanan di
seluruh negara.
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk mengimbangi
antara keperluan pembangunan semula ekonomi dan juga kepentingan kesihatan
rakyat, selepas selesainya pelaksanaan PKP yang pertama pada bulan Mac tahun
2020.
Sektor-sektor ekonomi telah dibenarkan untuk beroperasi
semula secara berfasa dengan pematuhan SOP yang ketat. Kelonggaran ini telah membuka
ruang kepada rakyat dan juga sektor yang terkesan untuk kembali menjana
pendapatan dan seterusnya memberi kelegaan kepada ekonomi.
Malaysia telah tersenarai sebagai antara sepuluh ekonomi
membangun dunia yang dijangkakan menepati ramalan pertumbuhan semula dan mampu pulih pada tahun ini.
Jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia meletakkan negara pada
tangga kelima dalam senarai analisis yang dikeluarkan oleh Bloomberg dan KDNK
dijangka meningkat sebanyak 6.8% pada tahun 2021.
Menurut Bloomberg, faktor pemulihan ini didorong oleh status
Malaysia sebagai pusat pelaburan serantau bagi syarikat-syarikat luar
termasuklah dari Singapura, Amerika, Swirtzeland, Belanda dan juga China.
Jumlah pelaburan asing bersih ke Malaysia meningkat daripada
2.2 billion ringgit pada suku tahun kedua 2020, kepada 6.1 billion ringgit pada
suku tahun keempat.
Usaha giat kerajaan untuk sentiasa melakukan rundingan dan
perbincangan bagi memahami kehendak industri sepanjang tempoh PKP menjadi antara faktor yang menyokong keyakinan
pelabur luar untuk terus kekal di Malaysia. Pelbagai usaha tambahan juga turut
dilaksanakan oleh kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur baru datang ke Malaysia.
Sektor Perkhidmatan dan pembuatan dijangka menyumbang lebih
80% dalam KDNK.
Belanjawan 2021 yang meluluskan peruntukan sebanyak 69 billion
ringgit untuk projek pembangunan infrastruktur akan turut memainkan peranan penting
dalam meningkatkan pertumbuhan KDNK bagi tahun 2021 ini.
Program pembangunan semula ekonomi secara berterusan oleh
kerajaan ini akan membantu lebih ramai rakyat yang kehilangan punca pendapatan
disebabkan pandemik COVID-19, kembali mendapat pekerjaan yang sesuai dan seterusnya bakal menurunkan kadar
pengangguran kepada 3.6% pada penghujung tahun 2021.
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), KDNK dunia pada
2021 diunjur kembali pulih pada kadar 5.5 peratus, manakala perdagangan dunia
turut diunjur kembali berkembang pada kadar 8.1 peratus.
Kedudukan ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih dan bertambah baik tahun ini, selari dengan pemulihan aktiviti perdagangan global dan juga dibantu oleh tindakan pemulihan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan, termasuklah langkah belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada penghujung tahun lepas.
Keberkesanan program vaksinasi Covid-19 juga diramalkan dapat membantu meningkatkan momentum aktiviti ekonomi termasuklah dalam sektor import-eksport dan juga pelaburan.
JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:
✔ Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
✔ Like FB Saya https://www.facebook.com/privatemandate
Disclaimer:
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.
0 Ulasan