Private Mandate Terbaik

ASML Holding dan Teknologi Lithography

 

asml


ASML Holding N.V. ialah sebuah syarikat Belanda yang menjadi  pengeluar terbesar sistem photolithography bagi industri semikonduktor. Syarikat ini menghasilkan mesin lithography yang digunakan oleh pengeluar cip  bagi menghasilkan litar bersepadu atau pun cip komputer.

Willem D. Maris telah menjadi CEO ASML selama 10 tahun sebelum bersara pada tahun 2000 dan digantikan oleh Doug Dunn, seorang bekas eksekutif Philips.

 

Antara mesin yang dihasilkan oleh ASML termasuklah:


  • Deep ultraviolet lithography (DUV) machines
  • Extreme Ultraviolet Lithography (EUV) Machines
  • Metrology and inspection machines
  • I-line steppers

ASML


Secara kasarnya, dianggarkan 70% daripada jualan ASML datangnya daripada pembelian pelbagai DUV machines oleh pelanggannya, tetapi untuk perkembangan jangka masa panjang, penjualan EUV machines yang mewakili 24% daripada jualan keseluruhan, akan terus melonjakkan pendapatan ASML.


Pada tahun 2010, ASML menguasai pasaran mesin lithography dengan peratusan sebanyak 67% daripada jumlah pasaran di seluruh dunia.Antara pesaing-pesaing ASML ialah syarikat Ultratech, Canon dan juga Nikon.

Ibu Pejabat ASML terletak di Veldhoven, Netherlands. Di sini juga merupakan lokasi makmal kajian dan pembangunan produknya serta kilang pemasangan dan pengeluaran produk.

Pada masa ini, syarikat ini adalah syarikat awam dengan Philips memegang peratusan kecil sahamnya.

Syarikat ini tersenarai dalam bursa saham AEX dan juga NASDAQ. Saham ASML Holding juga didagangkan di Euronext dan tersenarai dalam Euro Stoxx 50.

Dividen tahunan ASML meningkat sebanyak 50% pada tahun 2018 menjadikan nilainya bertambah daripada 1.40 euro sesaham kepada 2.10 euro sesaham.

 

Sejarah Penubuhan

ASML ditubuhkan pada tahun 1984 dan merupakan projek usahasama antara Advanced Semiconductor Materials (ASM) International dengan Royal Philips Electronics .

ASM International ditubuhkan pada tahun 1968 dan telah menghasilkan peralatan bagi pembuatan semikonduktor. Pada masa itu juga ASM sudah mula menjual wafer stepper keluarannya sebelum projek usahasama berlaku.

Pada pertengahan tahun 1980-an, telah berlaku kejatuhan ekonomi dalam industrI pembuatan cip dan keadaan ini telah menyebabkan ASM  terpaksa menjual 50% pemilikannya kepada Philips pada tahun 1988.

Royal Philips Electronics pula mempunyai sejarah yang Panjang dan gemilang, bermula sejak tahun 1891 sehingga menjadi salah satu syarikat elektronik gergasi yang terbesar di dunia. Philips memulakan jenamanya dengan menghasilkan carbon-filament lamp pada penghujung kurun ke-20 dan kemudian menubuhkan makmal penyelidikan pada tahun 1914 bagi mendorong lebih banyak penghasilan produk yang lebih maju.

Philips ialah syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan  medical x-ray tube, pencukur elektrik dan juga tiub kamera bagi televisyen.

Philips pada masa kini ialah peneraju dalam bidang teknologi digital bagi televisyen dan skrin tayangan, komunikasi wireless, speech recognition, teknologi video, penyimpanan data dan juga produk optik.

 

Pencapaian


ASML


Pada tahun 2000, ASML membeli Silicon Valley Group, sebuah syarikat pengeluar peralatan lithography, dalam sebuah bidaan, bagi membekalkan 193nm kepada Intel.

Pada bulan Julai 2012, Intel mengumumkan pelaburan sejumlah 4.1 billion dollar ke dalam ASML.

Pada tahun 2016, ASML mengumumkan rancangan mereka untuk membeli Hermes Microvison, sebuah syarikat pengeluar semiconductor yang berpengkalan di Taiwan dengan nilai 3.1 billion dollar.

Pendapatan bersih ASML pada tahun 2018 ialah sebanyak 2.592 billion dan mempunyai seramai 26000 pekerja.

Peluang Saham ASML dan Private Mandate

ASML mungkin agak asing dikalangan kita. Namun bagi industri cip komputer, ASML adalah peneraju. Apa sahaja peralatan elektronik pintar pasti menggunakan teknologi daripada ASML. Sebagai peneraju bidang cip, sudah pasti ASML adalah gergasi utama industri di dunia. Hanya mereka yang sensetif dan nampak potensi ASML akan nampak bahawa saham ASML akan terus naik lagi dan semakin mahal. Private Mandate juga ada membeli saham saham ASML kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang.  

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

Catat Ulasan

0 Ulasan