Private Mandate Terbaik

FAQ

FAQ Private Mandate

FAQ Private Mandate DDNK
FAQ Private Mandate

Sudah tentu anda ada banyak persoalan tentang Private Mandate. Ada yang dah biasa dengar Unit Trust, pelaburan saham melalui CDS, asb loan, tabung haji, hartanah, private retirement scheme tapi tak pernah pula dengar Private Mandate kan? Jom baca....

1) Adakah Private Mandate pelaburan yang sah?
= Ya, produk dan servis kewangan Private Mandate adalah sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia) atau lebih dikenali sebagai SC. Kat Malaysia ni, kalau ada sebut pasal pelaburan, wajib dapat pengiktirafan Suruhanjaya Sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti adalah badan kerajaan yang mengawalselia sebarang bentuk pelaburan di Malaysia ni. 

 

Siapa SC? <klik sini>

Senarai Amanah Pelaburan Hartanah Tersenarai dan Syarikat Pengurusan yang Diluluskan (download pdf dan lihat: List of Approved Management Company in Relation to Unit Trust Funds and Exchange-Traded Funds ) = <klik sini>  

 

2) Adakah pelaburan Private Mandate ini patuh syariah?

=  Panel syariah untuk Private Mandate perlulah, Penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Semak List of Registered Shariah Advisers, Info <klik sini>

private mandate ddnk patuh shariah
private mandate patuh shariah


Shariah Compliance Certificate Private Mandate 

 

3) Adakah pelaburan Private Mandate ini Dijamin Keuntungan?
= Tidak, "Jaminan keuntungan" adalah konsep yang tidak patuh syariah serta tidak patuh syarak. Pelaburan Private Mandate mempunyai risiko  kerana melibatkan pelaburan bursa saham, walaubagaimanapun, keuntungan tetap adalah sasaran utama pengurus pelaburan.

4) Adakah pelaburan Private Mandate ini mampu memberi pulangan tinggi?
= Setiap pelaburan mempunyai risiko dan kadar pulangan tersendiri. Pengurus pelaburan akan membuat analisis risiko dan immediate action atas portfolio pelaburan termasuk switching dan withdraw. Pepatah High Risk High Return, namun tiada istilah Guaranteed Return melainkan scam. 

 

 

5) Adakah Saya dikenakan caj jika buka akaun melalui Marketing Representative?
= Tidak, ianya PERCUMA. Sebarang pembayaran untuk pelaburan dibuat terus kepada pihak syarikat Private Mandate secara online transfer atau bank draf. Elakkan sebarang transfer ke akaun peribadi untuk mengelakkan salah guna dan penipuan. Pastikan anda berurusan dengan MR yang berdaftar sahaja.

6) Bagaimana nak tahu MR yang sah?
= Sila semak dalam website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Klik pada "Marketing Representatives" untuk download dan view pdf) = https://www.sc.com.my/regulation/licensing/licensed-and-registered-persons



Saya harap semua persoalan tentang Private Mandate terjawab dan memberi keyakinan untuk anda. Selamat melabur dengan bijak dan jauhi scammer!


Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
Like FB Saya
https://www.facebook.com/privatemandate


Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.
 
 

Catat Ulasan

0 Ulasan