Private Mandate Terbaik

Syarikat Media Gergasi NETFLIX

 
saham netflix

Netflix Inc. ialah sebuah syarikat yang menjadi platform konten-konten media berkualiti dan juga sebuah syarikat produksi yang berpengkalan di Los Gatos, California.

Netflix ditubuhkan pada 1997 oleh Reed Hastings dan juga Marc Randolph di Scotts Valley, California. Netflix mempunyai pejabat-pejabat di Perancis, Brazil, Belanda, India, Jepun, Korea Selatan dan juga United Kingdom.

Perniagaan utama syarikat Netflix ialah menyediakan servis penstriman berbayar bagi filem dan siri televisyen , secara online kepada pelanggan-pelanggannya di seluruh dunia.

Pada bulan Januari 2021, Netflix telah mempunyai seramai  203.7 juta orang pelanggan, termasuklah 73 juta di Amerika Syarikat sahaja. Netflix boleh dilanggan di seluruh dunia kecuali di China, Syria, Korea Utara dan juga Crimea.

Dilaporkan pada tahun 2020, pendapatan operasi Netflix berjumlah sebanyak 1.2 billion dollar.


saham netflix


 Pada awal penubuhannya, Netflix menawarkan servis pembelian dan penyewaan DVD secara pos, tetapi selepas setahun, mereka hanya memfokuskan kepada servis penyewaan DVD sahaja. Netflix mengembangkan perniagaannya pada tahun 2007 dengan menawarkan servis penstriman yang pertama, tetapi masih mengekalkan servis penyewaan DVD.

Netflix mula berkembang di peringkat global pada tahun 2010, bermula dengan Kanada, diikuti dengan Amerika Latin dan juga Caribbean. Netflix mula memasuki arena produksi pada tahun 2013 dengan menerbitkan siri pertamanya, House of Cards.

Menjelang tahun 2016, lebih daripada 190 buah negara telah mempunyai servis Netflix. Pada tahun 2016 juga, Netflix telah mengeluarkan lebih kurang 126 siri original dan filem mereka sendiri, melebihi mana-mana saluran televisyen pada ketika itu.

Pada Julai 2020, Netflix telah menjadi syarikat media hiburan yang mempunyai market capitalization terbesar.

 

Netflix mula menjual sahamnya kepada awam pada 29 Mei 2002. 5.5 juta saham ditawarkan ketika itu dengan nilai 15 dollar sesaham.Pada June 2002, sebanyak 825000 lagi saham tambahan ditawarkan dengan harga yang sama.

Netflix mula mengaut keuntungan pada tahun 2003, dengan nilai pendapatan tahunan sebanyak 272 juta dollar.Pada tahun 2005, lebih daripada 35000 filem berbeza terdapat di dalam  servis Netflix dan mereka mengepos 1 juta DVD sewaan setiap hari.

Pada tahun 2016, Netflix telah memulakan operasinya di 150 negara dan pada suku tahun pertama 2017, Netflix sudah menghampiri nilai 100 juta pelanggan.

Pada Januari 2018, Netflix terus mengorak langkah dan menjadi syarikat media dan hiburan digital terbesar di dunia, mengatasi syarikat media tradisional yang sudah lama bertapak.

Pada Mac 2018, harga saham Netflix telah melonjak kepada 301.05 dollar seunit.

Netflix telah membeli ABQ Studios, sebuah syarikat fasiliti dan produksi filem dan televisyen di New Mexico pada Oktober 2018, dengan nilai di bawah 30 juta dollar.

Pendapatan tahunan Netflix pada tahun 2018 ialah sebanyak 15.8 billion dollar, peningkatan 116% daripada tahun sebelumnya. 

Nilai saham tertinggi Netflix yang pernah didagangkan ialah 400 dollar seunit, pada tahun 2018.
 

Sepanjang penubuhannya, Netflix telah banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat produksi filem seperti Paramount, Lionsgate, Warner Bros, 20th Century Fox, Universal dan juga Metro-Goldwyn-Mayer.

Netflix mengembangkan operasinya di Perancis pada bulan Januari 2020.

Sehingga kini, Netflix masih lagi menawarkan servis penyewaan DVD dan mempunyai laman webnya sendiri iaitu DVD Netflix. Pada suku tahun pertama 2018, servis penyewaan DVD memberi keuntungan sebanyak 60.2 juta dollar kepada Netflix. Bilangan pelanggan servis penyewaan DVD Netflix pada tahun 2017 ialah seramai 3.3 juta.

 

Pada tahun  2020, semasa mula berlakunya pandemik COVID-19, Netflix telah memperolehi pendapatan sebanyak 5.76 billion dollar setakat 31 Mac 2020.

 

Pengasas

 

reed hastings


Netflix diasaskan oleh Reed Hastings dan juga Marc Randolph.

Reed Hastings dilahirkan di Boston pada tahun 1960. Beliau menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah pertama  dari Bowdoin College dalam bidang Matematik. Beliau pernah ke Kawasan pedalaman Swaziland sekitar tahun 1983 hingga 1985 untuk mengajar Matematik kepada lebih kurang 800 pelajar sekolah menengah di sana, selepas menamatkan pengajian ijazahnya.

Kemudian, beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana  dan memperoleh ijazah Sains Komputer dari Stanford University, pada tahun 1988.

 

Memulakan kerjaya pertamanya di sebuah syarikat perisian, Adaptive Technology, beliau telah merekacipta  sebuah ‘software debugging tool’ ketika berada di situ. Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat pertamanya, Pure Software yang menghasilkan produk berkaitan penyelesaian masalah yang melibatkan perisian computer. Hatings telah meninggalkan Pure Software pada tahun 1997 selepas penggabungannya dengan sebuah syarikat lain.

 

Selepas itu, pada tahun yang sama, Hastings bersama seorang lagi bekas eksekutif Pure Software , Marc Randoplh, menubuhkan Netflix.

Selain Netflix, Hastings juga menjadi ahli Lembaga pengarah Facebook sejak tahun 2011 dan setakat September 2016, beliau memiliki lebih daripada 10 juta dollar saham Facebook. Hastings telah meninggalkan Facebook pada Mei 2019.

Selain itu, Hastings juga pernah menjadi ahli Lembaga pengarah Microsoft dari tahun 2007 hingga tahun 2012.

 

Seorang lagi pengasas Netflix ialah Marc Randolph yang dilahirkan pada tahun 1958  di New York. Bapanya ialah seorang jurutera nuklear kelahiran Austria.

Pekerjaan pertama Randolph selepas menamatkan pengajian di kolej ialah sebagai pekerja operasi bahagian pemasaran bagi syarikat Cherry Lane Music. Di situ, Randolph telah mempelajari teknik-teknik pemasaran yang berbeza bagi menjual produk muzik Cherry Lane kepada pelanggan.

Kemahiran ini kemudian digunakannya selepas penubuhan Netflix bagi mengembangkan lagi pasaran dan meningkatkan keuntungan.

Randolph  menggantikan Hastings sebagai CEO Netflix pada tahun 1999 dan kemudian meninggalkan Netflix pada tahun 2002.

 

Peluang Saham Netflix dan Private Mandate

Maaf saham Netflix tidak patuh syariah untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan. Jadi private mandate yang melabur dalam kaunter patuh shariah, tidak membeli saham Netflix ini. Memang benar ketika PKP ataupun Lock-out diseluruh dunia, Netflix menjadi sangat popular dan untung besar! Namun private mandate lebih mementingkan status patuh syariah terlebih dahulu kerana masih banyak lagi pilihan kaunter lain sebagai alternatif. 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan