saham Intel |
Intel Corporation ialah sebuah syarikat teknologi yang
beribu pejabat di Santa Clara, California. Intel adalah pengeluar cip
semikonduktor dan microprocessor terbesar di dunia. Pada tahun 2018, Intel
berada pada tempat ke 46 dalam senarai 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat,
berdasarkan pendapatan tahunan keseluruhan.
Intel menghasilkan dan membekalkan microprocessor bagi
pengeluar sistem komputer seperti Lenovo, HP dan Dell. Intel juga menghasilkan
motherboard chipsets, network interface controllers serta litar bersepadu, flash
memory, cip grafik, embedded processor dan peralatan lain yang berkaitan dengan
teknologi komputer.
Intel ditubuhkan pada Julai 1968, oleh dua orang peneraju
bidang semikonduktor, Robert Noyce dan Gordon Moore. Pada peringkat awal
penubuhan, Intel menjadi pengeluar awal cip memori SRAM dan DRAM, yang menjadi produk
utamanya sehingga tahun 1981.
Pada era 1990-an, Intel melakukan banyak pelaburan dalam
bidang rekacipta microprocessor baru, seiring dengan perkembangan dan
pertumbuhan industri komputer pada masa itu.
Antara bidang pengoperasian Intel pada hari ini ialah:
- Menghasilkan komponen hardware yang digunakan dalam komputer jenis desktop dan notebook
- Menghasilkan komponen hardware yang digunakan dalam server, jaringan dan platform simpanan
- Menawarkan platform yang direka untuk kegunaan jualan, pengangkutan, industri, bangunan dan kegunaan di rumah
- Menghasilkan flash memory yang digunakan dalam solid state drive (SSD)
- Menghasilkan perisian keselamatan dan antivirus
- Menghasilkan semiconductor yang boleh diprogramkan
Pada tahun 2017, Dell menjadi penyumbang keuntungan Intel
sebanyak 16%, diikuti oleh Lenovo sebanyak 13% dan HP Inc. sebanyak 11%.
Intel memiliki market share terbesar dalam pasaran
microprocessor (73.3%) dan juga mobile pc microprocessor (80.4%) di seluruh
dunia.
Intel menawarkan sahamnya kepada awam pada tahun 1970 dengan nilai 23.50 dollar sesaham. Jualan ini berjaya mengumpulkan sebanyak 6.8 juta dollar bagi syarikat pada masa itu.
Intel menjadi pengeluar cip komputer terbesar di dunia dari
tahun 1992 sehingga 2018, daan kemudian dipintas oleh Samsung pada 2019.Intel
kemudian Kembali pada kedudukan pertama pada tahun 2020.
Antara pesaing Intel yang lain dalam bidang semikonduktor
ialah, AMD, VIA Technologies, Silicon Integrated Systems dan juga NVIDIA. Pesaing-pesaing
dalam bidang networking pula, termasuklah NXP Semiconductors, Infineon, Broadcom
Limited, Marvell Technology Group dan Applied Micro Circuits Corporation.
Pesaing dalam pasaran flash memory termasuklah Spansion, Samsung Electronics,
Qimonda, Toshiba, ST Microelectronics dan SK Hynix.
Intel membeli syarikat sekuriti computer, McAfee pada tahun
2010 dengan nilai 7.68 billion dollar.
Pada tahun yang sama, Intel membeli Infineon Technologies Wireless Solution. Teknologi yang dibeli ini akan digunakan oleh Intel di dalam komputer riba, telefon pintar, tablet dan embedded computer dalam produk
pengguna, dengan mengintegrasikan modem wireless Infineon ke dalam cip silikon Intel.
Pada Julai 2012, Intel membeli 10% saham SML Holding dengan
nilai 2.1 billion dollar dan 1 billion lagi bagi 5 % saham yang digunakan untuk
memberi dana bagi projek kajian dan
pembangunan teknologi wafer mikro dan juga UV lithography.
Pada tahun 2017, Intel membuat pelaburan sebanyak 170 juta
dollar bagi projek pusat kajian dan pembangunan produk di Bangalore, India.
Penggunaan Produk Intel oleh Komputer Apple
Pada tahun 2005, CEO Apple pada masa itu, Steve Jobs, mengumumkan akan menggunakan processor X86 keluaran Intel bagi computer Macintosh Apple.
Server Xserve Apple
telah dinaiktaraf kepada
processor Xeon Intel pada tahun 2006. Walaubagaimanapun, Apple telah bertukar
kepada silicon processor mereka sendiri pada akhir tahun 2020.
Pengasas
Noyce memulakan kerjayanya di Bell Laboratories pada tahun
1947 dan terlibat dalam kerja-kerja pembangunan transistor.Noyce kemudian bertukar
tempat kerja ke Philco Corporation dan di situ beliau bertemu dengan William
Shockley, seorang pemenang Nobel prize berkenaan rekaan transistor. Pada masa
itu Shockley sedang mencari penyelidik bagi Shockley Semiconductor Laboratory,
sebuah syarikat dan makmal penyelidikan transistor berkelajuan tinggi yang
dimulakannya di Palo Alto, California. Noyce tertarik dengan peluang ini dan
memohon berkerja di situ.
Kemudian, pada awal tahun 1957, syarikat menghadapi masalah
pentadbiran dalaman, dan Noyce mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Bersama
7 lagi rakan sekerjanya. Mereka kemudiannya menubuhkan Fairchild Semiconductor
Company yang berpengkalan di Santa Clara. Semasa di sini, Noyce dan rakan
sekerjanya telah terlibat dalam pembangunan litar bersepadu. Rekaan mereka
kemudiannya telah dipatenkan dan menjadikan dirinya dan Fairchild mengaut
keuntungan yang lumayan.
Pada tahun 1968, Noyce dan rakannya, Gordon Moore,
meninggalkan Fairchild Semiconductor bagi membentuk syarikat mereka sendiri. Beberapa
orang lagi rakan, termasuk Andrew Grove turut menyertai mereka bagi menubuhkan
Intel Corporation. Pada 1971, Intel telah membangunkan microprocessor pertama
yang menggabungkan litar simpanan maklumat dan litar pemprosesan maklumat dalam
satu cip silicon. Intel dengan pantas berkembang maju sejak dari itu dan
menjadi pengeluar cip microprocessor yang terbesar di dunia.
Noyce menjadi Presiden di Intel sehingga tahun 1975 dan
kemudiannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, sebelum meletakkan jawatan bagi
menjadi Pengerusi Semiconductor Industry Association pada tahun 1978.
Noyce kemudian menjadi Presiden Sematech Inc. , sebuah konsortium
Kerjasama industry dan kerajaan yang ditubuhkan bagi memajukan lagi bidang
semikonduktor, pada tahun 1988.
Sepanjang hayatnya, Noyce menjadi pemilik kepada 16 paten dan pernah dianugerahkan National Medal Of Science pada tahun 1979. Noyce meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1990.
Peluang Saham Intel dan Private Mandate
JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:
✔ Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
✔ Like FB Saya https://www.facebook.com/privatemandate
Disclaimer:
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.
0 Ulasan