Private Mandate Terbaik

Zoom dan Teknologi Video Conference

 

saham zoom



Zoom Communications Inc. ialah sebuah syarikat teknologi  telekomunikasi  yang berpengkalan di San Jose, California. Ia menawarkan perkhidmatan videotelefon dan online chat menerusi platform perisian yang dibangunkannya.

 

Sejarah Penubuhan

Zoom ditubuhkan oleh Eric Yuan, seorang jurutera dan bekas eksekutif Syarikat Cisco WebEx. Beliau meninggalkan Cisco pada tahun 2011 bersama 40 orang jurutera lain bagi memulakan sebuah syarikat baru. Pada peringkat awal penubuhan, Zoom sukar mencari pelabur bagi syarikat mereka kerana ramai beranggapan yang pasaran bidang videotelefon sudah tepu dan sudah banyak syarikat yang terlibat dalam bidang yang sama.

Pada bulan Jun 2011, Zoom mendapat modal permulaan daripada pengasas WebEx, Subrah Iyar, sebanyak 3 juta dollar dan juga daripada bekas senior vice president Cisco.Selain itu, Zoom turut memperolehi pelaburan awal daripada Dan Scheinman, Matt Ocko dan juga Bill Tai.

Pada tahun 2012, Zoom melancarkan versi Beta bagi perisiannya yang boleh menghoskan seramai 15 orang peserta siding video pada satu masa. Pada bulan November 2012, syarikat ini telah menerima penglibatan Stanford University sebagai pelanggan pertamanya.

Servis Zoom dilancarkan kepada umum pada awal 2013 dan bilangan peserta video conference ditingkatkan kepada 25 orang. Menjelang akhir bulan pertama pelancarannya, Zoom sudah mempunyai 400000 pengguna dan pada bulan Mei 2013, Zoom sudah berjaya menarik seramai 1 juta pengguna.


Kejayaan dan Kolaborasi

 

Sepanjang penubuhannya, Zoom banyak berkolaborasi dengan syarikat-syarikat ternama yang lain bagi meningkatkan lagi kualiti servisnya dan juga menarik pelaburan ke dalam syarikat.

Pada Julai 2013, Zoom  berkerjasama dengan Redbooth, Logitech, Vaddio dan InFocus.

Pada September 2013, Zoom berjaya mengumpul 6.5 juta dollar hasil pelaburan daripada Horizon Ventures dan pelabur -pelabur lain pada masa itu. Pada masa itu, Zoom sudah mempunyai seramai 3 juta pengguna servisnya.

Pada tahun 2015, Zoom mendapat dana sebanyak 30 juta dollar daripada pelabur-pelabur baru seperti Emergence Capital, Horizons Ventures, Qualcomm Ventures, Jerry Yang dan juga Patrick Soon Shiong. Zoom sudah mempunyai seramai 40 juta pengguna dan 65000 organisasi yang melanggan perkhidmatannya pada tahun itu.

Pada Januari 2017, syarikat berjaya mengumpul dana sebanyak 100 juta daripada Sequioa Capital.

Pada bulan April 2017, Zoom melancarkan produk telehealth yang membolehkan doctor memberikan konsultasi jarak jauh kepada pesakit.

Zoom menawarkan sahamnya kepada awam pada April 2019 dengan harga 36 dollar seunit. Harga saham Zoom melonjak naik sebanyak 72% pada hari pertama diniagakan dan nilai syarikat adalah sebanyak 16 billion dollar pada hari pertama diniagakan itu.


zoom


Disebabkan pandemik Covid-19 pada tahun 2020,berlaku peningkatan dalam penggunaan  servis Zoom disebabkan ramai yang perlu berkerja dari rumah dan para pelajar juga perlu mengikuti kelas dari rumah.Menjelang bulan Februari 2020, Zoom mencatatkan seramai 2.22 juta pengguna di seluruh dunia dan aplikasi Zoom sudah dimuat turun sebnayak 2.13 juta.Lebih daripada 300 juta meeting harian berlangsung setakat April 2020 menggunakan Zoom.

Keadaan ini menjadikan harga saham Zoom meningkat kepada 150 dollar seunit pada akhir bulan Mac dan menjadikan nilai syarikat pada Ketika itu sebanyak 67 billion dollar. Harga saham Zoom terus meningkat sebanyak 569% dalam tempoh setahun dan pada September 2020, market cap Zoom meningkat kepada 129 billion dollar.

Zoom juga telah melancarkan hardware terbarunya pada Julai 2020. Zoom for Home mengandungi skrin 27 inci dengan 3 kamera wide angle dan 8 mikrofon. Dilengkapi dengan perisian Zoom di dalamnya, Zoom for Home disediakan bagi mereka yang perlu berkerja dari rumah sepanjang tempoh pandemic dan pada masa akan datang.

 

Pengasas


eric yuan


 Eric Yuan dilahirkan di wilayah Shandong, China. Aplikasi Zoom adalah cetusan idea Yuan Ketika menjadi pelajar university pada tahun 1987. Pada masa itu Yuan terpaksa menaiki keretapi selama 10 jam bagi melawat kawannya dan terfikir cara yang lebih baik supaya tidak perlu melalui perjalanan yang panjang itu lagi pada masa akan dating.

Eric Yuan memperoleh ijazah pertama dalam bidang Matematik Gunaan dan minor dalam bidang aplikasi komputer daripada Shandong University of Science and Technology. Yuan seterusnya memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan Geologi daripada China University of Mining and Technology di Beijing. Yuan telah berjaya menamatkan program eksekutif di Stanford University pada tahun 2006.

Eric Yuan mendapat inspirasi daripada sebuah program latihan yang dihadirinya di Jepun pada tahun 1995 dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika. Pada masa itu, Bahasa Inggeris Yuan sangat lemah dan beliau perlu memohon sebanyak 9 kali sebelum layak diberikan visa bagi memasuki Amerika Syarikat.

Yuan bermula dengan syarikat WebEx, sebuah syarikat start-up berkaitan web conferencing. Beliau menjadi antara 20 pekerja terawal di situ. WebEx kemudiannya diambil alih oleh Cisco Systems pada tahun 2007 dan Yuan menjadi timbalan presiden bahagian kejuruteraan. Pada tahun 2011, Yuan menyampaikan ideanya, sebuah system video conference bagi  telefon pintar kepada badan pengurusan Cisco tetapi malangnya idea itu ditolak.

Eric Yuan kemudian meninggalkan Cisco bagi menubuhkan syarikatnya sendiri, Zoom Video Communications yang telah berkembang maju sehingga sekarang.


Kredit Gambar:

Business Insider

businessnewsdaily.com

techcrunch.com

 

Peluang Saham Zoom dan Private Mandate

Nama Zoom mula menjadi perhatian dan menjadi kelaziman semenjak musim Covid19 melanda. Disebabkan hampir seluruh negara di dunia melaksanakan perintah berkurung atau lock down, maka alternatif untuk berjumpa secara maya yang kondusif dan boleh percaya, telah menjadi keperluan yang sangat-sangat penting. Dari peringkat keluarga, sekolah, pengajaran universiti, hinggalah kepada bidang perniagaan telah menggunakan Zoom sepanjang musim perintah berkurung. Dijangkakan saham Zoom akan terus naik lagi selagi musim Covid tidak reda. Private Mandate juga ada membeli saham saham Zoom kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang. 

 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

Catat Ulasan

0 Ulasan