Pastinya ramai yang sangat mengenali nama ‘facebook’, sebuah
platform media sosial yang sudah berada selama 15 tahun dalam dunia maya.
Pada hari ini, Facebook boleh diakses dari pelbagai peranti
termasuk telefon pintar dan tablet dari seluruh dunia. Pada tahun 2018,
pengguna Facebook paling ramai berada di Amerika dan India, diikuti oleh
Indonesia, Brazil dan Mexic. Asia Pasifik mencatatkan seramai 947 juta
pengguna, diikuti oleh Eropah dengan 381 juta pengguna dan Amerika dan Canada,
seramai 242 juta. Lain-lain tempat mencatatkan seramai 750 juta pengguna.
Sejarah Penubuhan
Laman ini mendapat sambutan hangat dalam masa beberapa jam sahaja dan mempunyai sehingga 22 ribu undian. Walaubagaimanapun, laman ini terpaksa ditutup selepas dua hari setelah badan pentadbiran Harvard tidak membenarkan ia diteruskan atas alasan menceroboh privasi.
Disebabkan kejayaan laman web ini, Zuckerberg Bersama rakannya, Saverin, Moskovitz dan Hughes, kemudian mendaftarkan URL “thefacebook.com” pada bulan Januari 2004.
Pada asasnya laman web ini bertindak sebagai rangkaian sosial
yang membolehkan pelajar Harvard yang mendaftar servis ini untuk mengepos
gambar dan maklumat peribadi atau kisah kehidupan seharian mereka. Populariti Facebook semakin meningkat dan Zuckerberg kemudian membuka rangkaian sosial ini untuk pelajar Yale, Stanford dan hampir semua
university di Amerika dan Canada pula.
Menjelang bulan Jun 2004, lebih daripada 250000 pelajar daripada 34 pusat pengajian telah mendaftarkan diri dan seterusnya perkembangan ini menarik minat syarikat besar seperti MasterCard untuk membina iklan di laman web ini.
Facebook juga mendapat perhatian pelabur luar seperti PayPal dan
Accel.Pelaburan awal Paypal ialah sebanyak 500000 dollar dan Accel pula
sebanyak 12.7 juta dollar pada tahun 2005. 1 juta dollar lagi diperolehi daripada
pelaburan peribadi Jim Breyer.
Facebook membuka servisnya kepada orang awam pada tahun
2006. Pekerja Microsoft dan Apple adalah antara yang awal menggunakan servis
ini, diikuti oleh ramai pelajar sekolah dan universiti pada masa itu.Pada akhir
tahun 2006, Facebook sudah mempunyai seramai 12 juta pengguna berdaftar dan
setahun selepas itu, seramai 50 juta orang. Memang sangat mengkagumkan!
Facebook membuka Marketplace, sebuah platform di Facebook
yang membolehkan pengguna menjual produk dan servis mereka. Menjelang akhir
tahun 2007, lebih daripada 100000 syarikat telah mendaftar bagi menggunakan
perkhidmatan ini.
Pada tahun 2009, Facebook mempunyai seramai 350 juta
pengguna di seluruh dunia, menjadikannya platform media social paling popular
di dunia pada Ketika itu. Pada November 2010, nilai Facebook dianggarkan
sebanyak 41 billion dollar dan menjadi syarikat ketiga terbesar di Amerika,
berada di belakang Google dan Amazon. Semua ini berjaya dicapai dalam tempoh 5
tahun sahaja.
Facebook membeli Instagram, sebuah lagi platform media sosial,
pada tahun 2012 dengan nilai 1 billion. Pada tahun yang sama, Facebook Initial
Public Offering berlangsung. Facebook berjaya mengumpul 16 billion dollar dengan
nilai pasaran 102.4 billion.
Facebook membeli aplikasi Whatsapp pada tahun 2014 dengan
harga 19 billion dollar.
Pada hari ini, gergasi media social ini mempunyai sebanyak lebih daripada 600 billion dollar market capitalization dan mempunyai keuntungan tahunan sebanyak 70.7 billion dollar pada tahun 2019.
Setakat ini,
Facebook mempunyao 2.5 billion pengguna berdaftar dan menjadikan pengasasnya,
Mark Zuckerberg sebagai antara orang yang terkaya di dunia.
Pengasas
Mark Zuckerberg dilahirkan pada tahun 1984 di White Plains, New York. Bapanya ialah seorang doctor gigi dan ibunya ialah seorang pakar psikiatri. Zuckerberg merupakan seorang pelajar pintar di sekolahnya dan pernah memenangi beberapa pertandingan Matematik, Fizik, Astronomi dan classical studies.
Dalam permohonan memasuki kolej, Zuckerberg menyatakan dia boleh
membaca dan menulis dalam Bahasa Perancis, Hebrew, Latin dan Greek kuno.
Zuckerberg mula diberi pendedahan tentang dunia computer programming pada peringkat
persekolahan menengah oleh bapanya sendiri yang memperkenalkan ATARI Basic
Programming kepadanya. Zuckerberg sudah mencipta beberapa aplikasi computer sebelum
memasuki Harvard pada tahun 2002. Di Harvard, Zuckerberg mengambil bidang
Psikologi dan Sains Komputer
Zuckerberg menubuhkan
yayasannya sendiri iaitu Start Up: Education Foundation dan pada tahun 2010,
beliau telah mendermakan sebanyak 100 juta dollar kepada Newark Public School.
Pada tahun yang sama juga, Zuckerberg menandatangani “The Giving Pledge” Bersama
Bill Gates dan Warren Buffett,. Dalam perjanjian ini, mereka yang terlibat akan
bertanggungjawab mendermakan sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan
mereka kepada badan-badan kebajikan dari semasa ke semasa.
Kredit Gambar:
Justin Sullivan—Getty Images News/Thinkstock
https://www.flickr.com/photos/briansolis/2696198607
Peluang Saham Facebook dan Private Mandate
JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:
✔ Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
✔ Like FB Saya https://www.facebook.com/privatemandate
Disclaimer:
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.
0 Ulasan