Private Mandate Terbaik

BAGAIMANA GOOGLE BERMULA?





GOOGLE



Google apa hari ni?

Dah google maklumat tu?


Pastinya semua daripada kita dah terbiasa dengan perkataan 'google' ini. apabila perlu mencari sesuatu maklumat di internet. Perkataan 'search' yang sepatutnya digunakan, telah diganti dengan 'google' yang sudah menjadi satu perkataan penting dalam kehidupan seharian.


Google pada asalnya bermula sebagai satu projek kajian PhD yang dijalankan oleh pengasasnya, Larry Page dan Sergey Brin semasa mereka menuntut di Stanford University pada tahun 1996. Projek kajian ini turut disertai oleh Scott Hassan, seorang programmer yang menghasilkan sebahagian besar  code pengaturcaraan asal bagi enjin carian Google. Scott Hassan walaubagaimanapun telah meninggalkan pasukannya sebelum Google dijadikan sebagai syarikat.


Google telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat pada 4 September 1998 dan pejabat operasinya yang pertama ialah di dalam garaj kereta seorang kawan mereka. Pekerja pertama yang diambil berkerja di Google pada Ketika itu ialah rakan sekuliah PhD Larry di Stanford, iaitu Craig Silverstein.

Disebabkan algoritma enjin carian Google yang berbeza daripada enjin carian lain yang ada pada ketika itu dan juga faktor ramai warga Stanford dan orang awam yang menyukainya, Google telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur untuk melaburkan wang mereka.

Pelabur pertama ialah  Andy Bechtolsheim, pengasas Bersama Sun Microsystems, diikuti oleh Jeff Bezos, pengasas Amazon, professor Sains Komputer di Stanford iaitu David Cheriton dan juga Ram Shriram, seorang usahawan. Google telah berjaya mengumpul sebanyak lebih kurang 1 juta dollar hasil sumbangan para pelabur, rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada tahun berikutnya, Google berjaya menarik pelaburan sebanyak 25 juta dollar lagi daripada Kleiner Perkins dan Sequoia Capital sebagai pelabur utama.

 

Google telah memindahkan pejabat operasinya ke Palo Alto, California pada tahun 1999.Pada tahun 2000, Google menjadi enjin carian  default bagi salah satu laman web terkenal pada masa itu, iaitu Yahoo!

Eric Schmidt telah dilantik sebagai CEO dan presiden Google pada tahun 2001

Pada tahun 2003, Google membuka satu lagi pejabat baru di Mountain View, California dan kompleks ini kemudiannya dikenali sebagai GooglePlex.Bangunan kompleks ini telah dibeli daripada Silicon Graphics denganharga 319 juta dollar.

Initial Public Offering (IPO) Google yang pertama berlaku pada tahun 2004. Google telah menawarkan sebanyak 19605052 saham dengan harga 85 dollar seunit dan memberikan Google lebih daripada 23 billion dollar modal pasaran. Harga saham Google melonjak kepada 350 dollar seunit pada tahun 2007.

Pada tahun 2006, Google telah membeli platform perkongsian video, Youtube dengan harga 1.65 billion dollar saham Google.

Menjelang tahun 2011, Google telah menjadi enjin carian utama dan menguruskan lebih kurang 3 billion carian sehari.

Pada tahun 2011 juga, Google mengumumkan untuk membeli Motorola Mobility dengan nilai 12.5 billion dollar.

Pada tahun 2015, Google menubuhkan syarikat induk baru, Alphabet dan Larry Page telah menjadi CEO yang pertama.

Google telah mencatatkan keuntungan tahunan sebanyak 50 billion dollar pada tahun 2012, peningkatan sebanyak 36% daripada tahun sebelumnya.

 

google

Google telah membeli Waze dengan nilai 966 juta pada tahun 2013 untuk diintegrasikan dengan servis pemetaan Google iaitu Google Maps.

Seterusnya, Google membeli sebuah syarikat artificial intelligence di London, DeepMind Technologies, dengan harga 400 juta dollar. Pembelian DeepMind memacu pertumbuhan bidang artificial intelligence dan robotic Google.

Google, dengan nilai 133 billion, dinamakan sebagai jenama kedua paling bernilai di dunia oleh Best Global Brands Report, di belakang Apple Inc. , pada tahun 2013 hingga 2016.


google


 Sepanjang penubuhannya, Google telah berjaya menghasilkan pelbagai servis yang mesra pengguna seperti Google Chrome web browser, Gmail, Google Calendar, Google Maps, Google Drive, Google Docs, Sheets dan Slides, Google Photos, Google Keep, Google Translate, Google My Business, Yotube, cloud Gaming Stadia dan juga Google Earth.

Google juga bertanggungjawab membangunkan perisian untuk system operasi telefon android, smartwatch, tv dan variasi gajet pintar yang lain.

Pada tahun 2010, Google menghasilkan tablet telefon pintarnya sendiri di bawah jenama Nexus One. Jenama ini kemudiannya ditamatkan dan digantikan dengan jenama baru iaitu Pixel. Selain itu, Google juga menghasilkan computer peribadi Chromebook pada tahun 2011. Pada tahun 2013, Google memperkenalkan ‘dongle’ Chromecast yang membolehkan pengguna melancarkan konten telefon pintar ke tv.

 

Pengasas




Larry Page dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1973. Bapanya ialah seorang professor dalam bidang Sains Komputer di Michigan State University manakala ibunya pula ialah seorang instructor dalam bidang computer programming di Lyman Briggs College. Rumah Larry pada usia kecilnya dipenuhi dengan pelbagai buku dan  majalah berkaitan sains dan teknologi computer. Larry yang sememangnya minat membaca, menghabiskan sebahagian besar masanya memahami kandungan buku dan majalah ini.

Larry memperoleh ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Komputer dari University of Michigan dan kemudiannya menamatkan pengajian Master dalam bidang Sains Komputer di Stanford University. Larry seterusnya menyambung pengajian ke peringkat PhD di Stanford University, juga dalam bidang Sains Komputer dan di sinilah menjadi permulaan penubuhan Google, Bersama rakan seuniversitinya, Sergey Brin.



Peluang Saham Google dan Private Mandate

Hampir semua orang di dunia pasti ada aplikasi Google. Sekurang-kurangnya adalah emel Gmail. Ini menjadikan keuntungan dan kestabilan Google dalam market mengatasi pesaing lain. Google antara gergasi utama dalam bidang ICT dunia! Dijangkakan saham Google akan terus naik lagi dan semakin mahal. Private Mandate juga ada membeli saham saham Google kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang. 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan