![]() |
Seagate Technology PLC ialah sebuah syarikat pengeluar
cakera penyimpanan data yang berpengkalan di Fremont, California.
Sejarah Penubuhan
Seagate Technology telah diperbadankan pada tahun 1978. Nama
asalnya ialah Shugart Technology sebelum ditukar kepada Seagate Technology. Diasaskan
oleh Al Shugart, Tom Mitchell, Doug Mahon, Finis Conner dan Syed Iftikar. Pada
peringkat permulaan, Conner telah mencetuskan idea untuk menjual dan menghasilkan hard disk drive (HDD) bersaiz
5.25 inci yang dijangkakan akan mendapat sambutan hangat memandangkan masih belum ada syarikat lain yang mengeluarkannya pada masa itu.
Kejayaan
Penjualan berskala besar hard disk ini kepada IBM memacu
perkembangan Seagate pada peringkat awal. Pada tahun pertama penubuhan Seagate,
mereka telah berjaya menjual hard disk bernilai keseluruhan sebanyak 10 juta
dollar kepada pelanggan mereka. Dan menjelang tahun 1983, keuntungan mereka
meningkat kepada 110 juta dollar dengan penjualan 200000 unit hard disk.
Pada tahun 1983 juga telah berlakunya penstrukturan semula
dalam organisasi pentadbiran syarikat demi memenuhi perubahan pasaran semasa.
Al Shugart yang sebelum ini menjadi Presiden, telah digantikan oleh Tom
Mitchell.
Pada tahun 1993, Seagate menjalinkan Kerjasama dengan
Corning Inc. bagi menghasilkan disk substrate yang menggunakan new glass
ceramic compound.
Pada tahun 1993 juga, Seagate telah menjadi syarikat pertama
yang berjaya menghasilkan dan menjual secara kumulatif ,50 juta hard disk drive
dalam sejarah! Dan pada tahun berikutnya, Seagate Technology Inc beralih dari
Nasdaq exchange ke New York Stock Exchange.
Pada tahun 1995, Seagate telah membeli syarikat perisian computer
yang berpengkalan di Boston, Massachusetts, iaitu Frye Computer Systems.
Pada tahun 1996, Seagate bergabung dengan Conner Peripherals
dan menjadikan mereka sebagai pengeluar hard-drive terbesar di dunia pada masa
itu.
Pada tahun 1998, sebuah fasiliti kajian Seagate telah dibangunkan di Pittsburgh dengan nilai pelaburan sebanyak 30 juta dollar. Fasiliti ini berfungsi untuk membangunkan teknologi masa depan dan prototaip.Antara yang berjaya dibangunkan di situ ialah hard disk drive untuk XBOX pertama keluaran Microsoft.
Pada tahun 2003, Seagate memasuki semula pasaran hard disk
drive untuk computer riba atau notebook dan bertanggungjawab membekalkan hard
drive untuk IPod generasi pertama
keluaran Apple.
Pada tahun 2006, Forbes telah menamakan Seagate sebagai
syarikat dengan pengurusan terbaik di Amerika Syarikat.
Pada tahun 2010, Seagate melancarkan hard drive dengan
kapasiti memori yang besar, iaitu 3TB hard drive, yang pertama di dunia pada Ketika
itu.
Pada tahun 2011, Seagate membeli perniagaan hard disk drive
Samsung, diikuti oleh Xyratex pada 2014 dan Dot Hill System Corp. pada tahun
2015.
Pengasas
Alan Field Shugart dilahirkan pada tahun 1930 di Los Angeles, California. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang Fizik Kejuruteraan daripada University of Redlands. Beliau meninggal dunia pada tahun 2006 akibat komplikasi pembedahan jantung.
Shugart memulakan kerjayanya pada tahun 1951 sebagai
jurutera lapangan di IBM dan kemudian menyertai Memorex pada tahun 1969 .Di
sini Shugart terlibat dalam pembangunan disk storage subsystems.
Beliau kemudiannya menubuhkan Shugart Associates pada tahun
1973. Syarikat ini kemudian dibeli oleh Xerox.Shugart dan Finnis Conner seterusnya
memulakan Shugart Technology pada tahun 1979 dan kemudian ditukar nama kepada
Seagate Technology.
Shugart telah menerima IEEE Reynold B. Johnson Information
Storage Systems Award pada tahun 1997. Pada tahun 2005, Shugart telah dilantik
sebagai felo di Computer History Museum
atas jasa dan sumbangannya dalam pembangunan industry disk drive moden.
Kredit gambar:
seagate.com
alchetron.com
Peluang Saham Seagate dan Private Mandate
✔ Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
✔ Like FB Saya https://www.facebook.com/privatemandate
✔ Jika SERIUS nak mulakan pelaburan Private Mandate, boleh whatsapp saya = www.wasap.my/60134555888/privatemandate
Disclaimer:
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.
Penafian: Ini bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Sila buat kajian sendiri sebelum membuat keputusan pelaburan. Dapatkan maklumat tepat daripada website rasmi pihak terbabit.
0 Ulasan