Private Mandate Terbaik

Apple : Legasi Steve Jobs

 

saham apple



Apple Inc. tersenarai sebagai 5 syarikat gergasi di Amerika Syarikat, sebaris dengan Amazon, Google, Microoft dan Facebook. Berpengkalan di Cupertino, California, syarikat multinasional ini bertanggungjawab merekacipta, membangunkan dan menjual produk elektronik, perisian komputer dan juga servis online kepada pelanggan di seluruh dunia.


Kejayaan

Apple mempunyai pekerja sepenuh masa  seramai 147000 orang dan mempunyai 510 retail stores dalam 25 negara di seluruh dunia pada tahun 2020.  Dianggarkan sebanyak 1.5 billion produk keluaran Apple telah digunakan di seluruh dunia pada Januari 2020.

Apple sangat bijak dalam menyusun strategi pemasarannya  dan mempunyai ‘tribe’ pengguna setia yang sangat ramai sehingga Apple diiktiraf sebagai jenama paling bernilai di dunia.


saham apple


Sepanjang penubuhannya, Apple telah menghasilkan banyak produk terkenal seperti telefon pintar iPhone, computer tablet  iPad, komputer peribadi Mac,pemain media mudahalih  iPod, jam tangan pintar Apple watch, pemain media digital Apple TV, wireless earbuds AirPods, AirPods Max headphones dan juga HomePod smart speaker line.

Antara perisian yang dibangunkan oleh Apple ialah macOS, Ios, iPadOS, watchOS, sistem operasi tvOS,pemain media iTunes, Safari web browser, Shazam music identifier dan iLife dan iWork creativity and productivity suites

Selain itu, Apple juga membangunkan aplikasi professional seperti Final Cut Pro, Logic Pro dan Xcode. Mereka juga menawarkan servis atas talian seperti iTunes store, Ios App Store, Mac App Store, Apple Arcade, Apple Music, Apple Tv+, iMessage dan iCloud.

Servis lain yang ditawarkan termasuklah Apple Store Genius Bar, Apple Care, Apple Pay Cash dan Apple Card.

Apple juga merupakan pengeluar telefon bimbit ketiga terbesar di dunia, di belakang Samsung dan Huawei.

Jika dilihat daripada semua yang disenaraikan di atas, terbukti bahawa Apple sememangnya sebuah syarikat yang sangat produktif dan mempunyai pencapaian cemerlang dalam dunia inovasi dan teknologi.

Pada tahun 2018, Apple menjadi syarikat pertama di Amerika yang mempunyai nilai dagangan awam  melebihi 1 trillion dollar dan kemudiannya meningkat kepada 2 trillion pada Ogos 2020.

Keuntungan tahunan Apple berjumlah 274.5 bllion dollar untuk tahun fiscal 2020, menjadikannya sebuah syarikat teknologi paling bernilai dan mempunyai keuntungan terbesar di dunia.

 

 

Pengasas


steve jobs


Apple diasaskan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne pada tahun 1976. Seperti syarikat Adobe, Apple juga bermula dari dalam garaj kereta di rumah ibubapa Steve Jobs di Los Altos, California. Walaubagaimanapun, Ronald Wayne menjual sahamnya kepada Wozniak dan Jobs, selepas hanya 12 hari penubuhan Apple dengan harga 800 dollar. Sekiranya Wayne masih kekal memiliki perkongsian dalam syarikat ini pada hari ini, nilai sahamnya dianggarkan bernilai hampir 60 billion dollar!

Steve Jobs dilahirkan di San Francisco pada tahun 1955 dan kemudiannya diserahkan kepada keluarga angkat untuk dibesarkan. Jobs menyambung pelajaran di Reed College di Portland, Oregon pada tahun 1972 dan memilih untuk berhenti pada tahun yang sama.Beliau kemudian ke India untuk belajar tentang agama Buddha pada tahun 1974.

Pada tahun 1985, Steve Jobs telah dipaksa keluar dari Apple disebabkan masalah dalaman syarikat. Beliau kemudiannya menubuhkan NeXT, syarikat pembangunan platform komputer yang mengkhususkan penghasilan computer bagi kegunaan pendidikan tinggi dan bidang perniagaan.

Pada tahun 1997, Apple membeli syarikat milik Steve Jobs dengan harga 427 juta dollar dan beliau dilantik menjadi CEO  untuk syarikat lamanya ini. Jobs bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam memulihkan Apple yang berada di ambang kejatuhan pada masa itu. Revolusi yang diimplimentasikan Jobs dalam Apple telah berjaya melonjakkan kembali jenama syarikat itu dan terus maju sehinggalah sekarang, walaupun selepas kematiannya pada tahun 2011 akibat kanser pankreas.

Sepanjang hayatnya, Steve Jobs telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah seperti National Medal of Technology pada tahun 1985 dan pernah dinamakan sebagai the most powerful person in business oleh majalah Fortune pada tahun 2007.


Kredit gambar:

Bloomberg.com

Business Insider

 

Peluang Saham Apple dan Private Mandate

Setiap kali pelancaran iPhone yang terkini, pasti akan menjadi viral dan digilai oleh semua peringkat umur. Produk-produk keluaran Apple dianggap mewah dan berkualiti tinggi. Keuntungan luar biasa yang ditunjukkan oleh Apple menjadikan saham Apple sangat stabil dan sesuai untuk didagangkan. Dijangkakan saham Apple akan terus naik pada kadar yang 'steadily incline'. Private Mandate juga ada membeli saham saham Apple kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang. 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

 

 

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan