Private Mandate Terbaik

BERMULA DARI GARAJ : SYARIKAT PERISIAN GERGASI, ADOBE

 

saham adobe



Pastinya anda pernah mendengar dan sudah biasa menggunakan PDF (Portable Document Format). Perisian ini ialah antara perisian paling terkenal yang pernah dibangunkan oleh Adobe dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Adobe Inc. ialah sebuah syarikat  yang memfokuskan kepada pembangunan dan pengeluaran perisian komputer. Adobe Inc. pada asalnya ditubuhkan di Delaware dan kemudian mengubah ibu pejabatnya ke San Jose, California. Selain itu, Adobe turut mempunyai beberapa cawangan pejabat pengoperasian yang lain di Newton, New York, Minneapolis, Lehi, Seattle, Austin dan juga San Francisco. Adobe juga mempunyai kilang operasi dan pembangunan produk di Noida dan Bangalore, India.

Selain PDF, perisian lain yang terbaik pernah dihasilkan oleh Adobe ialah Photoshop iaitu perisian untuk mengedit gambar, Acrobat Reader, Adobe Creative Suite dan juga Adobe Creative Cloud. Terbaru, Adobe mengembangkan teknologi perisiannya untuk kegunaan pemasaran digital.


 

Sejarah Penubuhan


adobe


Adobe ditubuhkan pada tahun 1982 oleh John Warnock dan Charles Geschke. Mereka berdua telah membangunkan satu perisian yang diberi nama PostScript page description language. Pada tahun 1985, Apple Computer telah mengambil perisian ini dan melesenkannya untuk digunakan dalam  printer LaserWriter keluaran Apple.

Syarikat ini sebenarnya dimulakan di garaj rumah John Warnock di Los Altos, California. Nama Adobe diambil sempena nama sebuah sungai di belakang rumah Warnock yang diberi nama Adobe Creek.

Pada tahun 1982, Steve Jobs pernah cuba membeli Adobe dengan tawaran harga 5 juta dollar tetapi ditolak oleh John Warnock dan Charles. Setelah didesak oleh para pelabur mereka, John dan Charles bersetuju untuk menjual saham Adobe sebanyak 19 peratus kepada Steve Jobs.

Nak tahu berapa bayaran dan tawaran yang mereka terima daripada Steve Jobs?

Lumayan!

Steve Jobs telah membayar 5 kali ganda nilai semasa syarikat mereka dan juga  5 tahun bayaran lesen  perisian PostScript mereka. Pembelian  saham dan pembayaran awal ini menjadikan Adobe sebagai syarikat pertama di Lembah Silicon yang mengaut keuntungan pada tahun pertama penubuhannya.

Adobe mula memasuki pasaran saham NASDAQ pada tahun 1986. Sepanjang tahun lepas, harga saham Adobe mencecah 466 dollar seunit dan mengalami kenaikan lebih daripada 40 peratus.

 

 Kejayaan

 Pada tahun 2018, Adobe dan NVIDIA mengumumkan kerjasama bagi meningkatkan inovasi dalam  industri pemanduan artificial intelligence. Perisian Adobe Sensei AI dan  GPU machine learning NVIDIA telah diketengahkan untuk kegunaan pelanggan dan jurutera yang menggunakan servis Adobe Creative Cloud dan Experience Cloud.

Adobe dan NVIDIA sebenarnya sudah 10 tahun menjalinkan kerjasama dalam usaha memperkasakan GPU  bagi kegunaan kreatif dan pengkomputeran item-item Adobe.

Sepanjang penubuhannya, Adobe juga telah berjaya membeli beberapa syarikat lain seperti Magento, Marketo, Nitobi Software, DemDex, Omniture, Macromedia,Frame Technology Corp dan banyak lagi.

Antara perisian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Adobe ialah

  • Graphic Design Software
  • Web Design Programs
  • Video editing, animasi dan kesan visual
  • Audio editing software
  • e-learning software
  • digital marketing management software
  • server software
  • formats
  • web hosted services
  • 3D dan AR


 Pengasas


saham adobe

Kredit Gambar : Inside  the Publishing Revolution: The Adobe Story, oleh Pamela Pfiffner


John Warnock dilahirkan dan dibesarkan di Salt Lake City, Utah. Beliau pernah gagal dalam subjek Matematik semasa di gred sembilan persekolahannya. Walaupun pernah gagal Matematik, Warnock akhirnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat universitinya dalam bidang Matematik! Beliau kemudian menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik sains komputer.

Pada tahun 1976, Warnock bekerja di sebuah syarikat grafik computer, Evans& Sutherland. Idea membangunkan perisian pertamanya iaitu Post Script, tercetus semasa berkerja di sini. Beliau kemudian berkerja pula dengan Palo Alto Research Centre (Xerox PARC) pada tahun 1978. Warnock bertemu dengan Charles Geschke semasa berada di sini. Disebabkan tidak berjaya meyakinkan Xerox untuk menggunakan perisian mereka bagi mengawal sistem percetakan, Warnock membuat keputusan untuk berhenti dan memulakan syarikatnya sendiri bersama dengan Geschke.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, Warnock telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada badan-badan penyelidikan, universiti dan persatuan sains kejuruteraan.

 

Charles Geschke , pengasas bersama Adobe, mempunyai ijazah sarjana dan doctor falsafah dalam bidang Matematik dari Carnegie Mellon University. Sebelum penubuhan Adobe, beliau pernah menjadi tenaga pengajar  Matematik di John Carroll University pada tahun 1963 hingga 1968.

Geschke menjadi CEO Adobe dari tahun 1986 hingga 1994 dan menjadi Presiden pada tahun 1989 hingga tahun 2000.

Pada tahun 2009, Geschke dan Warnock  telah dianugerahkan National Medal of Technology oleh Presiden Barack Obama, salah sebuah sebuah pengiktirafan terbesar di Amerika atas sumbangan mereka berdua dalam bidang sains dan inovasi.



Peluang Saham Adobe dan Private Mandate

Dalam bidang ICT, penggunakan Adobe sebenarnya mendominasi saham berkaitan editing grafik- video dan juga PDF. Hampir semua orang menggunakan produk Adobe dan masih jauh meninggalkan pesaing dalam bidang ini. Dijangkakan potensi saham Adobe akan terus naik. Private Mandate juga ada membeli saham saham Adobe kerana return yang stabil. 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan