Private Mandate Terbaik

Apakah Saham

Apakah Saham

Pelaburan Saham
Pelaburan Saham

Menjadi trend sekarang, semua orang nak mencuba pelaburan saham. Dikhabarkan bahawa pelaburan saham sangat mudah kerana hanya memerlukan akaun CDS dan telefon pintar sahaja untuk urusniaga dan monitor harga saham semasa.

Apakah maksud pelaburan saham?

Saham
Saham

Pelaburan saham bermaksud urusniaga jual beli saham syarikat tersenarai di pasaran saham. Dahulu pasaran saham Malaysia dikenali sebagai BSKL tetapi sekarang dikenali Bursa Malaysia Bhd yang lokasinya terletak di Bukit Kewangan tidak jauh dari Menara Dataran Maybank dan juga Pudu Sentral, Kuala Lumpur.

Apakah risiko pelaburan saham?

risiko saham
risiko saham

Apabila anda melabur dalam pasaran saham, anda perlu tahu yang anda adalah sebahagian dari pemilik syarikat (melalui unit pegangan saham yang anda beli melalui kaunter saham). Keuntungan dan kerugian pelaburan anda tertumpu lebih kepada keuntungan dan kerugian perniagaan syarikat yang anda laburkan. Jika perniagaan syarikat semakin untung, maka saham syarikat akan semakin naik disebabkan kerana permintaan yang semakin tinggi dari para pelabur. Harga saham akan semakin tinggi  jika pelabur sedia ada tidak menjual pegangan saham kerana inginkan dividen yang akan dibayar hasil dari janaan keuntungan dari perniagaan syarikat yang dilaburkan.sebaliknya jika perniagaan syarikat tidak baik.

Pelbagai kajian samada dari sudut analisis fundamental mahupun teknikal perlu dibuat bagi mengurangkan risiko pelaburan.

Setiap pelaburan saham datang dengan risiko tertentu. Dengan ketidakpastian terhadap naik turun saham, maka sangat penting untuk seseorang pelabur itu menilai saham dari pelbagai sudut.

Jika seseorang itu mengatakan pelaburan saham adalah tinggi risikonya sebenarnya pelabur membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan rasa dan khabar angin dan tips-tips tanpa membuat sebarang kajian ,penelitian dan strategi pelaburan yang betul.

Apa itu saham?

Saham adalah pegangan  hak milik dalam bentuk kuantiti  didalam satu syarikat tersenarai. Lagi besar kuantiti saham kita, lagi berkuasa pemegang saham  dalam membuat keputusan syarikat. Kita lihat Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang memiliki kuasa mengendali sesuatu syarikat melalui jumlah pegangan  saham antaranya seperti Drb Hicom Bhd  MMC Corp Bhd, Bernas Bhd , IJM Corp Bhd  dan Pos Malaysi Bhd. Penjualan  saham Khazanah(cabang pelaburan kerajaan) didalam  Proton Bhd  kepada  DRB-Hicom Bhd pada tahun lepas adalah contoh bagaimana pemindahan kuasa dalam bentuk kuantiti berlaku.

Bagaimana untung saham dikira?

Keuntungan saham dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu keuntungan dari kenaikan harga saham (capital gain) dan keuntungan dari dividen berdasarkan kepada prestasi syarikat yang dilaburkan.

Berapa modal untuk memulakan pelaburan?

Ini adalah antara soalan yang kerap ditanya. Modal terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu modal ilmu dan modal kewangan.

1) Modal Ilmu

= Yang utama ada modal ilmu pengetahuan.Ini kerana tanpa ilmu pelaburan seperti teknik dan strategi jual beli saham bakal pelabur boleh diibaratkan seperti masuk hutan tanpa ada arah panduan dan kompas.Ini ditakuti bakal pelabur akan terperangkap melabur dalam saham- saham syarikat yang tidak berkuali atau bermasalah dan akhirnya tidak menjana apa- apa keuntungan.Oleh kerana kurangnya tumpuan kepada ilmu pelaburan sebab itulah ramai orang yang terjebak dengan pelaburan haram skim cepat kaya dan jika adapun yang melabur ke Bursa Malaysia terus tidak berjaya meraih keuntungan seperti yang diidam-idamkan.

2)Modal Kewangan

= Selepas bakal pelabur mempunyai asas dan mengenal strategi jual dan beli saham,modal yang kedua adalah modal kewangan.Saya galakkan modal untuk melabur saham bukanlah modal yang dipinjam tetapi modal hasil simpanan yang tidak digunakan .Ini adalah sebahagian 'strategi mengawal emosi ' yang begitu  penting dalam memastikan keuntungan dalam pelaburan.

Apakah antara langkah awal sebelum memulakan pelaburan saham?

Bagi semua urusan jual beli saham, pelabur tidak berurusan secara terus dengan Bursa Malaysia sebaliknya perlu membuka ' trading akaun' dan CDS dengan broker saham terlebih dahulu dengan bayaran serendah RM10 sahaja. Maklumat Syarikat broker  yang bertauliah  boleh diperolehi di www.bursamalaysia.com. Semasa hendak buka akaun, bakal pelabur saham boleh memilih 'dealer' atau remiser untuk menjadi wakil niaga untuk setiap urusan jual beli saham.

Berapa minima modal untuk pembelian saham?

Kuantiti minimum untuk membeli saham adalah satu lot atau bersamaan dengan 100unit. Dahulu semasa zaman BSKL minimun adalah 1000 unit. Untuk mengelakkan kekeliruan saya galakkan bakal pelabur membuat pesanan dalam bentuk unit.
Jika saham A berharga RM1.00 modal minima bakal pelabur keluarkan adalah RM100 sahaja.Bagi setiap transaksi jual dan beli saham, pelabur akan dikenakan suatu jumlah komisyen.

Siapa itu dealer atau remiser?

Remiser Dealer Saham
Remiser Dealer Saham

Dealer dan remiser adalah individu yang melakukan kerja sebagai wakil niaga bagi urusan jual beli saham cumanya Dealer adalah pekerja syarikat yang dibayar gaji  manakala remiser pula mendapat gaji melalui perkongsian komisyen dengan syarikat broker saham.

Adalah melabur saham boleh kaya?

Jawapannya adalah YA! Ini kerana hampir semua orang kaya ada membuat pelaburan.Mereka yang kaya seperti Warrent Buffet(terkaya didunia) dalam pelaburan adalah orang yang membuat kajian dan semakkan keatas prestasi perniagaan syarikat yang mereka laburkan.Untuk kaya dalam pelaburan juga memerlukan kesabaran.

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.
 

Catat Ulasan

0 Ulasan