Private Mandate Terbaik

Cara Melabur Saham

 Cara Melabur Saham

Melabur saham adalah satu bentuk pelaburan namun bukan semua orang mampu walaupun nilai pelaburan serendah RM10 sahaja. Mungkin ada diantara anda yang telah mencuba pelaburan selain saham seperti hartanah dan emas, namun pelaburan saham, berada dalam kelasnya tersendiri kerana ia memerlukan ilmu khusus dan kesabaran yang tinggi (orang dah mula melabur saham akan faham maksud saya).

cara melabur saham
cara melabur saham

 

Terdapat dua cara melabur saham iaitu:

1) Melabur Saham Sendiri
2) Melabur Saham Melalui Pengurus Dana Berlesen


Melabur Saham Sendiri

melabur saham melalui cds
melabur saham melalui cds

Untuk individu yang ingin mencuba melabur pada amaun yang rendah dan mampu, adalah dicadangkan untuk membuka akaun CDS. CDS adalah Central Depository System adalah akaun yang membolehkan kita trade saham menggunakan nama kita sendiri dan kebiasaannya CDS menggunakan aplikasi telefon pintar.

Akaun CDS perlu dibuka dengan syarikat broker berlesen melalui Dealer atau Remisier. Dealer adalah pegawai yang bergaji, manakala Remisier adalah pegawai yang berasaskan komisyen.

Buka akaun CDS ni macam DIY. Semua aktiviti berkaitan jual beli saham, beli IPO, exercise warrant, right issuance dan lain lain. Tapi jangan risau, semunya dihujung jari sebab melalui aplikasi telefon pintar ataupun apps.


Melabur Saham Melalui Pengurus Dana Berlesen

melabur saham melalui pengurus dana berlesen
melabur saham melalui pengurus dana berlesen

Untuk mereka yang pernah melabur sendiri melalui CDS pasti mereka pelbagai cabaran yang dihadapi walaupun hanya di hujung jari hehehe.

Saham dibeli rugi, anda keliru samada hendak hold atau cut loss, nak beli atau tak beli, takut salah beli, beli ikut group whatsapp dan telegram tapi tetap rugi dan sebagainya. Ini sering dialami oleh pelabur sendiri melalui CDS kerana mereka bukanlah pelabur professional dan pakar. 

Untuk cara kedua ini, anda perlu membuka akaun Private Mandate (Mandat Persendirian) melalui syarikat pengurusan aset berlesen (Asset Management Company) dimana dana anda akan diuruskan oleh pengurus dana berlesen.

Private mandate ini adalah bersifat customised atau tailor made. Pengurus dana bukan setakat membeli dan menjual saham, tapi menyusun strategi tertentu untuk mencapai target kenaikan yang ingin dicapai. Ini adalah berbeza antara setiap individu yang membuka akaun Private Mandate. Disebabkan itu, anda akan melihat setiap pemilik akaun Private Mandate akan mempunyai pencapaian berbeza walaupun amaun yang dilaburkan sama.

Berbeza dengan Unit Trust, di mana setiap pelabur membeli unit saham pada harga NAV. Dalam unit trust sebenarnya kita tidak membeli secara terus ke bursa tetapi melalui dana unit trust, pengurus dana unit trust akan melabur ke dalam banyak syarikat dan perubahan keuntungan atau kerugian akan berlaku secara perlahan dan leverage. Dalam Private Mandate, pengurus dana Private Mandate akan membeli secara terus dan real time, dan seterusnya terdedah kepada keuntungan dan kerugian secara terus. Di sini, kemahiran dan kepakaran menjadi sangat kritikal.

high risk high return Private Mandate
high risk high return Private Mandate

 

Konsep high risk, high return and low risk, low return menjadi mudah difahami. Anda mencari keuntungan dalam range 5-10% biasa akan memilih unit trust, manakala pelabur yang mencari keuntungan pada kadar 50% ke atas akan memilih Private Mandate.


JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.


Catat Ulasan

0 Ulasan