Private Mandate Terbaik

KISAH KEJAYAAN MICROSOFT DAN BILL GATES

 
SAHAM MICROSOFT
saham microsoft

Microsoft Corporation ialah sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpengkalan di Redmond, Washington. Microsoft terlibat dalam pembangunan dan penghasilan perisian komputer, peralatan elektronik, komputer peribadi dan servis digital yang lain seperti server carian dan cloud computing.

Software Microsoft yang paling dikenali, semestinya sistem pengoperasian Microsoft Windows, Microsoft Office Suite dan juga pelayar laman web Internet Explorer dan Edge.

Microsoft juga menghasilkan hardware permainan video Xbox dan siri komputer peribadi yang dilengkapi skrin sesentuh,iaitu Microsoft Surface.

 

saham microsoft

 

Microsoft berada pada kedudukan ke-21 dalam senarai 500 syarikat yang mengumpul keuntungan terbesar dan merupakan syarikat  pengeluar software yang terbesar di dunia.

Microsoft berada sebaris dengan 4 syarikat gergasi yang lain  dalam bidang teknologi maklumat, iaitu Google, Apple, Amazon dan Facebook.


Syarikat ini ditubuhkan oleh Bill Gates dan Paul Allen pada 4 April 1975. Steve Balmer telah menggantikan Bill Gates sebagai CEO pada tahun 2000 dan kemudian digantikan pula oleh Satya Nadella pada tahun 2014.

Walaupun kedudukannya sebagai syarikat yang memiliki saham paling bernilai pernah dipintas oleh Apple pada tahun 2010, Microsoft kembali merampas kedudukan itu pada tahun 2018. Pada tahun 2019, nilai syarikat Microsoft dianggarkan melebihi 1 trillion dollar.

 

Pencapaian

 

1985 - Melancarkan Microsoft Windows

1990 – Melancarkan Microsoft Office

1995 – memulakan jaringan computer menerusi world wide web

-          Melancarkan Windows 95 , MSN dan Internet Explorer

2001 – Melancarkan konsol permainan XBOX dan Windows XP

2004 – Melancarkan XBOX 360 dan Windows XP Home Edition

2006 – Melancarkan siri pemain media digital Zune

2007 – Melancarkan Windos Vista dan Microsoft Office 2007

2008 – Melancarkan Azure Services Platform dalam segmen pasaran  cloud computing bagi Windows

2009 – Pembukaan retail store pertama bagi jenama Microsoft di Scottsdale, Arizona dan pelancaran Windows 7

2010 – Melancarkan Windows phone OS

2011 – Bekerjasama dengan Nokia untuk pembangunan telefon pintar dan menubuhkan Open Networking Foundation bersama dengan Google, HP Networking , Verizon Communications , Deutsch Telekom serta 17 lagi syarikat. Organisasi tanpa keuntungan ini memfokuskan penyediaan sokongan bagi inisiatif cloud computing yang berfungsi memacu inovasi pembangunan jaringan perisian telekomunikasi, jaringan wireless  dan pusat data.

-          Melancarkan Windows 8

 

2012 - Melancarkan computer tablet pertama, Microsoft Surface

          - Melancarkan Windows phone 8

          - Melancarkan Outlook.com webmail untuk bersaing dengan Gmail

2013 – Bekerjasama dengan New York Police Department untuk membangunkan Domain Awareness System yang digunakan untuk sistem pemantauan polis di Bandar New York

-          Melancarkan Patent Tracker

-          Melancarkan  konsol permainan video XBOX One

-          Melancarkan Kinect camera, sebuah kamera berkuasa tinggi, mempunyai perisian terbaru , sensor infrared dan mampu mengesan degupan jantung dan pergerakan jari

-          Membeli unit mobile Nokia dengan harga 7 billion dollar

2014 – Membeli Nokia Devices dengan harga 7.2 billion dollar

-          Membeli syarikat pembuat permainan video Minecraft dengan harga 2.5 billion dollar

2015 – Melancarkan Windows 10

2016 – Melancarkan Microsoft Azure Information Protection bagi melindungi data syarikat-syarikat yang mengambil servis ini

2017 – Membeli syarikat sekuriti Israel, Hexadite dengan harga 100 juta dollar

2018 – Berkerjasama dengan agensi perisikan bagi membangunkan produk cloud computing

-          Berkerjasama dengan Toyota Tsusho dan penyelidik dari Kindai University bagi membangunkan teknologi pengurusan air dan ikan

-          Membekalkan 100000 unit Hololens headset kepada tentera Amerika sebagai peralatan penting ketika menentang musuh dan kontrak ini bernilai 480 juta


hololens


2019 – Menawarkan cyber security service AccountGuard kepada 12 negara Eropah untuk melindungi data politik daripada digodam

2020 – Melancarkan XBOX Series X dan S

-          Bercadang untuk membeli aplikasi Tiktok, syarikat Zenimax Media dan Affirmed Networks

-          Memperoleh lessen eksklusif bagi menggunakan OpenAI GPT-3 artificial intelligence language generator

 

Pengasas


bill gates


Bill Gates ialah pengasas bersama Microsoft Corporation dan pernah memegang jawatan pengerusi, presiden dan CEO serta pemegang saham terbesar sehingga tahun 2014.

Sebelum wujudnya  Microsoft, Gates bersama rakan baiknya semasa kecil iaitu Paul Allen, menubuhkan syarikat Traf-O-data semasa usia mereka 17 tahun.

Gates mula menunjukkan minat dalam dunia komnputer sejak zaman sekolah lagi dan mencipta perisian pertamanya pada usia 13 tahun. Beliau menamatkan persekolahan menengahnya dengan pencapain yang sangat cemerlang. Gates memperoleh markah 1590/1600 dalam peperiksaan SAT beliau.

Bill Gates kemudian menyambung pengajian di Harvard University dalam bidang undang-undang tetapi kemudian bertukar kepada bidang matematik dan sains komputer. Gates tidak menamatkan pengajiannya dan mengambil keputusan untuk meneruskan usaha dan minatnya dalam bidang teknologi komputer selepas 2 tahun di Harvard.


Gates terus kekal berada dalam senarai orang terkaya di dunia sejak tahun 1987. Kedudukannya dipintas oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos pada tahun 2017.

Pada November 2020, nilai kekayaan Bill Gates dianggarkan sebanyak 120.3 billion dollar, menjadikannya berada pada kedudukan keempat dalam senarai orang terkaya di dunia, di belakang Elon Musk, Jeff Bezos dan Bernard Arnault.


saham


Gates telah menubuhkan  sebuah badan kebajikan peribadi terbesar di dunia, Bill& Melinda Gates Foundation. Sejak penubuhannya, pertubuhan ini banyak memberi sumbangan kepada penyelidikan dan menghulurkan bantuan kepada badan kebajikan lain di seluruh dunia.


Kredit gambar:

Fortune.com

Amazon.com

theverge.com



Peluang Saham Microsoft dan Private Mandate

Saham Microsoft kerap didagangkan dalam private mandate kerana sifat kestabilan dan kenaikan yang konsisten. Dijangkakan saham Microsoft akan terus berkembang baik dan memberi return yang memberangsangkan. Seperti yang semua tahu, Microsoft masih menguasai sistem pengoperasian komputer melalui Windows. Semua komputer, laptop dan server menggunakan Windows. Kestabilan ini memberikan impak kepada prestasi saham Microsoft.  


JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

 

 

 

 

 


Catat Ulasan

0 Ulasan