Private Mandate Terbaik

NVIDIA - PELOPOR TEKNOLOGI SELF-DRIVING CAR DAN CIP GRAFIK

 

self driving car NVIDIA
Cip Nvidia


Bagi anda yang belum tahu dan belum pernah mendengar tentang NVIDIA Corporation, syarikat ini adalah sebuah nama besar dan tersohor yang mendominasi  industri penghasilan cip  grafik bermutu tinggi  (GPU) bagi  kegunaan komputer dan juga mobile computing chip bagi  pasaran sektor automotif.

NVIDIA yang berpengkalan di Santa Clara, California juga membangunkan litar bersepadu untuk kegunaan konsol permainan elektronik dan juga komputer. 

NVIDIA  menjalin beberapa kerjasama dengan beberapa syarikat besar seperti American Express yang menggunakan kepakaran dan teknologi  NVIDIA bagi  membanteras jenayah siber dan penipuan kewangan.

Cloudera Inc. yang menawarkan perkhidmatan cloud storage juga menggunakan kepakaran NVIDIA bagi melancarkan operasi mereka.

Dalam segmen artificial intelligence pula, NVIDIA  membangunkan perisian pintar Jarvis dan Merlin serta terlibat dalam pembangunan kereta elektrik pintar dengan pengeluar kereta Mercedes.

Dalam perkembangan terbaru, NVIDIA telah membeli Syarikat ARM Limited dengan harga 40 billion dollar daripada Softbank. ARM yang berpengkalan di England  ialah syarikat pemaju teknologi mikrocip bagi telefon pintar yang dipasarkan ke seluruh dunia.

saham NVIDIA


 Harga saham NVIDIA pada awal tahun 2019 adalah sekitar 160 dollar  dan kemudian mencatat kenaikan hampir 200% dalam tempoh setahun, menjadikan nilainya mencecah 500 dollar dan kekal menunjukkan trend kenaikan.

 

Pengasas


saham NVIDIA


 NVIDIA diasaskan secara bersama  oleh seorang rakyat Amerika yang berasal dari Taiwan, iaitu Jensen Huang dan dua lagi rakan kongsinya iaitu Curtis Priem dan Christopher Malachowsky.

 Beliau memperoleh ijazah pertama daripada Oregon State University dan kemudian menyambung pengajian ke peringkat Master di Stanford University dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Sebelum menubuhkan NVIDIA, Jensen memegang jawatan Pengarah di LSI Logic dan juga pernah menjadi pereka cip perisian mikro di AMD Inc.

Beliau memiliki saham NVIDIA bernilai kira-kira 1.3 billion dollar dan dilantik menjadi CEO NVIDIA sehingga sekarang.

 

 Sumbangan dan Anugerah

 Jensen Huang telah menyumbangkan 30 juta dollar kepada tempat belajar lamanya iaitu Stanford University, bagi membina sebuah bangunan penyelidikan yang  dinamakan sempena nama beliau, Jen-Hsun Huang School of Engineering Centre.

  • Pada tahun 1999. Ernst& Young menamakan Jensen sebagai Entrepreneur of the Year dalam bidang teknologi tinggi.
  • Pada tahun 2003, Jensen menerima Dr.Morris Chang Exemplary Leadership Award.Anugerah ini diberikan kepada individu yang memberikan sumbangan besar dalamn pembangunan, inovasi dan peluang jangkapanjang dalam industri  semikonduktor.

  • Pada tahun 2007 Jensen menjadi penerima anugerah Pioneer Business Leader  daripada Silicon Valley Education Foundation, di atas sumbangannya dalam bidang korporat dan dunia filantrofi.

  • Jensen Huang juga dianugerahkan ijazah kehormat doktor falsafah daripada Oregon State University pada tahun 2009. Beliau juga dilantik sebagai felo alumni di universiti  yang sama.

  • Usaha gigihnya dalam bidang kejuruteraan juga mendapat pengiktirafan University of Southern California dan beliau dianugerahkan Daniel J.Eipstein Engineering Management Award daripada universiti  itu.

  • Terbaru sekali, Jensen menerima ijazah kehormat doktor falsafah daripada Taiwan University pada tahun 2020.
Beliau juga pernah disenaraikan dalam 61st highest paid CEO oleh Forbes pada tahun 2008 dan tergolong sebagai salah seorang Asian-American yang terkaya di dunia.

Kredit gambar:

NVIDIA.com

 

Peluang Saham Nvidia dan Private Mandate

Pada tahun mendatang ini dijangkakan bidang Artificial Intelligent (AI) akan semakin meningkat, di mana syarikat-syarikat berkaitan teknologi grafik dan AI akan mempelopori bidang ini. Begitu juga dengan bidang e-sports. Setiap tahun bidang e-sport mencatatkan keuntungan luar biasa dimana e-sports semakin popular dalam musim Covid19 ini. Dijangkakan saham Nvidia berpotensi menguntungkan. Private Mandate juga ada membeli saham saham Nvidia kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang. 

 

 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.

 

 

 

 

 

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan