Private Mandate Terbaik

Mengenali Elon Musk dan Tesla

elon musk saham tesla

 

Siapakah Elon Musk?

Elon Musk merupakan antara pelabur terawal di dalam Tesla dan beliau telah dilantik sebagai CEO Tesla sejak tahun 2008.

Beliau merupakan pemegang  20% ekuiti Tesla, dan disebabkan harga saham Tesla melonjak, beliau terus dinobatkan sebagai manusia terkaya di dunia, mengatasi kekayaan pengasas Amazon, Jeff Bezos.

Harga saham Tesla mengalami kenaikan sehingga  hampir  830% sejak Mac 2020 dan dengan itu menjadikan nilai kekayaan bersih Elon Musk meningkat lebih daripada 180 billion dollar.


Tesla

Tesla Inc. ialah sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik yang beribupejabat di Palo Alto, California. Ia ditubuhkan pada tahun 2003 dan nama syarikat ini diambil sempena nama seorang saintis elektrik dan inventor, Nikola Tesla. 


elon musk dan tesla



Antara produk keluaran Tesla Inc. ialah kereta elektrik, solar panel, bumbung solar dan bateri simpanan tenaga.

Menerusi anak syarikatnya, SolarCity, Tesla juga menghasilkan sistem solar photovoltaic dan menjadi pemasang utama dan terbesar untuk sistem itu. Selain itu, Tesla memiliki battery storage plant terbesar di dunia yang berupaya membekalkan 1.65GWh simpanan tenaga pada tahun 2019.

Pada tahun 2019, Tesla telah dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan penumpang berkuasa bateri elektrik yang terlaris di dunia. 

Dalam pasaran global, sebanyak 499550 unit kenderaan telah dijual pada tahun 2020, peningkatan sebanyak 35.8% daripada tahun sebelumnya.


saham tesla


Dan pada tahun 2020 juga, syarikat ini menghasilkan lebih daripada 1 juta kereta elektrik secara keseluruhannya


Latarbelakang

Elon Musk dilahirkan di Pretoria, South Africa dan keluarganya kemudian berpindah ke Canada semasa usianya 17 tahun. Beliau menyambung pengajian di Queen’s University sebelum ditukarkan ke University of Pennsylvania dua tahun kemudian. 

Elon Musk mengambil program double degree semasa di sana dan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dan fizik.

Beliau seterusnya berpindah ke California bagi menyambung pengajian dalam bidang Fizik Gunaan dan Sains Bahan  di Stanford University pada tahun 1995 tetapi membatalkan pengajiannya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perniagaan.


Sejarah Elon Musk menceburi bidang perniagaan dan teknologi bermula pada usia 10 tahun. Pada usia itu, beliau belajar sendiri berkenaan computer programming dan sewaktu usianya 12 tahun,  Musk telah menjual kod permainan video ciptaannya kepada sebuah syarikat penerbitan majalah dengan harga 500 dollar.


Selain Tesla, Elon Musk juga menjadi CEO dan pengasas kepada beberapa syarikat gergasi yang lain seperti Space X (teknologi angkasalepas), Boring Company (teknologi terowong) dan juga OpenAI (teknologi robotik dan artificial intelligence).


Sumbangan

Beliau juga mempunyai yayasannya sendiri iaitu Musk Foundation yang berperanan untuk membekalkan sistem tenaga solar dan bantuan lain  ke kawasan yang dilanda bencana dan juga melakukan kajian saintifik untuk tujuan pendidikan.

Selain itu Musk menjadi pemegang amanah untuk badan amal , X Prize Foundation, di mana beliau menandatangani perjanjian untuk mendermakan sekurang-kurangnya separuh daripada hartanya untuk tujuan kebajikan.


Kredit gambar:

1.AFP
2.Steve Jurvetson - Flickr: Tesla Autobots




Peluang Saham Tesla dan Private Mandate

Dijangkakan saham Tesla akan terus naik lagi dan semakin mahal. Tesla masih lagi menjadi pendahulu dalam pengeluaran kereta EV mewah utama di dunia. Private Mandate juga ada membeli saham saham Tesla kerana kenaikan yang baik dan return yang cemerlang. 

JIKA ANDA SERIUS, Sila Isi Borang Sesi Penerangan Google Meet:



 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate

 Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.
 
 

Catat Ulasan

0 Ulasan