Private Mandate Terbaik

Phillip Managed Account - PMA

Phillip Managed Account - PMA

Phillip Managed Account - PMA
Phillip Managed Account - PMA


Private Mandate Phillip Managed Account



Apa itu Phillip Managed Account (PMA)?

Phillip Managed Account (PMA) adalah akaun pelaburan private mandate yang diuruskan secara diskresi (discretionary) oleh pengurus pelaburan profesional di Phillip Capital Management (PCM).

Dalam PMA, pengurus portfolio membuat keputusan pelaburan bagi pihak pelabur berdasarkan objektif kewangan, profil risiko, dan matlamat pelaburan individu. Pelabur tidak terlibat secara langsung dalam keputusan harian mengenai pelaburan mereka, tetapi boleh memantau prestasi portfolio mereka.

Dalam bahasa yang mudah, jika anda ingin melabur menggunakan tunai, Phillip Managed Account merupakan satu pilihan kepada portfolio pelaburan anda. Ada pengurus portfolio yang akan buat kerja pelaburan seperti memilih, membeli, menjual, switching dan lain-lain. 

Ciri-ciri Utama PMA

  1. Pelaburan Secara Diskresi:

    • Pelaburan dilakukan oleh pengurus profesional yang membuat keputusan berdasarkan analisis pasaran dan strategi pelaburan yang telah ditetapkan.
    • Pelabur menyerahkan kawalan sepenuhnya kepada pengurus portfolio untuk menguruskan pelaburan mereka.
  2. Fokus pada Portfolio yang bersesuaian:

    • PMA direka khas untuk memenuhi profil risiko dan matlamat kewangan setiap pelabur.
    • Terdapat pelbagai jenis PMA dengan strategi pelaburan berbeza, seperti portfolio yang lebih konservatif, lebih agresif, atau berdasarkan kriteria ESG (Environmental, Social, and Governance).
  3. Fleksibiliti dalam Pemilihan Produk:

    • PMA menawarkan pelaburan dalam saham, unit amanah, ETF (Exchange-Traded Fund), dan pelbagai aset lain, mengikut keperluan pelabur.
    • Pelabur boleh memilih portfolio yang lebih sesuai dengan tahap risiko yang mereka sanggup terima.
  4. Pengurusan Profesional:

    • PMA diuruskan oleh pasukan pengurus pelaburan berpengalaman yang menggunakan analisis pasaran, kajian fundamental, dan teknikal untuk membuat keputusan pelaburan.
    • Portfolio akan disemak dan diimbangi secara berkala untuk memastikan ia kekal selaras dengan objektif pelaburan.

Jenis-Jenis Pilihan Pelaburan PMA

PMA mempunyai beberapa jenis pelaburan yang berbeza mengikut strategi pelaburan yang diambil, antaranya:

  1. PMA Opportunity:

    • Portfolio ini memberi tumpuan kepada saham-saham dengan potensi pertumbuhan tinggi, sesuai untuk pelabur yang mencari pulangan lebih tinggi tetapi sanggup menghadapi risiko yang lebih besar.
    • Pelaburan ke dalam equiti Bursa Malaysia untuk mendapatkan keuntungan modal (capital gain) dalam tempoh jangka panjang (long term).
  2. PMA Mini:

    • Portfolio dengan pelaburan minimum lebih rendah berbanding PMA Opportunity, direka untuk pelabur runcit yang ingin memanfaatkan peluang dalam pasaran saham dengan pelaburan yang lebih kecil.
    • Pelaburan ke dalam equiti Bursa Malaysia untuk mendapatkan keuntungan modal (capital gain) dalam tempoh jangka panjang (long term).
  3. PMA Blue Chip:

    • Melabur dalam syarikat-syarikat besar dan stabil yang mempunyai prestasi kewangan yang kukuh, sesuai untuk pelabur yang mencari kestabilan dan risiko yang lebih rendah.
    • Pelaburan diskresi (discretionary) stok blue chip Bursa Malaysia.
  4. PMA Dividend Enhanced:

    • Portfolio ini memfokuskan kepada saham-saham dengan hasil dividen yang tinggi, memberi pulangan tetap kepada pelabur melalui dividen serta potensi peningkatan nilai saham.
    • Pelaburan diskresi (discretionary) di Bursa Malaysia yang fokus kepada saham dividen tinggi.
  5. PMA ESG:

    • Melabur dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan prinsip kelestarian dan etika yang tinggi mengikut kriteria ESG. Sesuai untuk pelabur yang ingin menyelaraskan pelaburan mereka dengan nilai sosial dan alam sekitar.
    • Pelaburan diskresi (discretionary) di Bursa Malaysia yang fokus rating ESG di F4GBM dan F4GBMS.
  6. PMA Absolute8:

    • Menyasarkan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar simpanan bank tradisional, dengan strategi pelaburan yang lebih agresif untuk mencapai objektif pulangan yang lebih tinggi.
    • Pelaburan diskresi (discretionary) di Bursa Malaysia yang fokus mendapatkan pulangan melebihi kadar ditawarkan bank.
  7. PMA ETF:

    • Melabur dalam Exchange-Traded Funds (ETF) yang memberi pelabur akses kepada kepelbagaian aset global dan serantau, dengan kos pengurusan yang lebih rendah berbanding dana tradisional.

  8. PMA UT:

    • Melabur dalam Unit Trust (UT) yang memberi pelabur akses kepada kepelbagaian ekuiti global dan serantau, bon dan pasaran komoditi. 
    • Pelaburan diskresi (discretionary) unit trust yang fokus kepada unit trust terpilih.



Kelebihan Phillip Managed Account (PMA)



Phillip Managed Account PMA mandate

Phillip Managed Account PMA mandate
Phillip Managed Account PMA mandate

  • Pengurusan Profesional: Portfolio diuruskan oleh pasukan pengurus pelaburan berpengalaman yang menggunakan teknik analisis pasaran yang canggih.



    Phillip Managed Account PMA diversification
    Phillip Managed Account PMA diversification

  • Diversifikasi: PMA memberi peluang untuk melabur dalam pelbagai aset seperti ekuiti, bon, dan dana unit amanah, mengurangkan risiko keseluruhan portfolio.


    Phillip Managed Account PMA flexible
    Phillip Managed Account PMA flexible

  • Fleksibiliti: Pelabur dapat memilih jenis portfolio yang sesuai dengan matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka.


    Phillip Managed Account PMA dipantau
    Phillip Managed Account PMA dipantau

  • Pemantauan Berterusan: Portfolio akan disemak dan diselaraskan secara berkala untuk memastikan ia mencapai matlamat kewangan pelabur.

Apa lagi yang saya perlu tahu tentang caj dan kos Pelaburan Phillip Managed Accound PMA?

  • Pelaburan minimum bergantung kepada jenis portfolio.

    PMA Opportunity = minimum RM200,000
    PMA Mini = minimum RM50,000
    PMA Blue Chip = minimum RM50,000 cash dan RM10,000 jika guna kwsp
    PMA Dividend Enhanced = minimum RM50,000 cash dan RM10,000 jika guna kwsp
    PMA ESG = minimum RM50,000
    PMA Absolute8 = minimum RM200,000
    PMA ETF = minimum RM50,000 
    PMA UT = minimum RM50,000 cash dan RM5,000 jika guna kwsp





  • Kos Pengurusan: Seperti kebanyakan akaun terurus, terdapat yuran pengurusan dan kadangkala yuran prestasi berdasarkan pulangan portfolio.

Kesimpulan

Phillip Managed Account (PMA) adalah pilihan pelaburan yang sesuai untuk mereka yang mahu mengakses pengurusan pelaburan profesional tanpa perlu menguruskan pelaburan mereka sendiri. Dengan pelbagai pilihan produk yang tersedia, pelabur dapat memilih portfolio yang sesuai dengan objektif kewangan mereka, sama ada untuk pertumbuhan modal, pendapatan pasif melalui dividen, atau pelaburan beretika yang mematuhi prinsip ESG.

Maklumat lanjut, sila ke https://www.phillipinvest.com.my

Sila Lihat Video Phillip Managed Account PMA





 Anda puas hati dengan maklumat dalam blog ini? Lengkap dan details kan? Harap dapat beri pencerahan tentang private mandate.
 Like FB Saya 
https://www.facebook.com/privatemandate
 Jika SERIUS nak mulakan pelaburan Private Mandate, boleh whatsapp saya www.wasap.my/60134555888/privatemandate


Disclaimer:

1- Investment involve varying degree of risk, and there can be no assurance that the future performance of any specific investment, investment strategy or product made reference to directly or indirectly in this website.
2- Investment records displayed yet to be verified by an authorized third party.
3- Any part of this article cannot be re-published without consent of the owner.
4- This article is only opinion of authors and do not represent of any company. Please refer to official information of the related organization.


Penafian: Ini bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Sila buat kajian sendiri sebelum membuat keputusan pelaburan. Dapatkan maklumat tepat daripada website rasmi pihak terbabit.


Catat Ulasan

0 Ulasan